Punca Morning Sickness

Fasa mengandung adalah fasa yang memang indah bagi ibu-ibu. Ketika mengandung macam-macam perubahan yang kita alami. Dari segi fizikal memanglah ketara bukan, dari segi emosi pun tunggang langgang. Kadang-kadang memang susah hendak difahami oleh Encik Suami. Alhamdulillah saya memang tidak mengalami masalah morning sickness yang teruk. Anak yang pertama saya tak boleh berada dalam kereta waktu kesesakan lalu lintas, kalau traffic jam sahaja memang kena ready plastik bag, muntah-muntah. Muntah ringan ketika waktu pagi, kemudian aktiviti lain berjalan seperti biasa. Ada pula rakan-rakan yang mengalami morning sickness sehingga tidak boleh makan dan minum dan membawa kepada dihidrate. Terpaksa admit di hospital.
 
Morning Sickness
 
 
Sebenarnya tiada punca yang nyata kenapa morning sickness berlaku. Mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan. Antara perubahan tersebut ialah:
  • Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang merupakan sejenis hormon yang akan meningkat tinggi dan cepat semasa awal kehamilan. Bagaimanan HCG menyumbang kepada morning sickness tidak diketahui, namun bagi ibu yang mengandung kembar kandungan HCG adalah lebih tinggi serta simptom alahan ketika mengandung lebih teruk.
  • Estrogen yang meningkat tinggi pada awal kehamilan yang menyebabkan kesensitifan terhadap bau dan aroma. 
  • Perut yang sensitif. Ada kajian menunujukkan trek gastrointestinal menjadi lebih sensitif semasa di awal kehamilan. Ada juga ibu yang mengalami masalah sembelit pada fasa-fasa awal mengandung.
  • Tekanan yang mana ada juga wanita yang dilahirkan secara fisiologinya untuk mengalami simptom alahan ketika mengandung. Ini adalah respon kepada tekanan ambahan dalam badan. Latar belakang keluarga juga memainkan peranan. Tapi tiada bukti kukuh yang menyokong pendapat ini.
Sumber : Baby Centre
 
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan morning sickness ialah :
  • Jauhkan diri dari daripada makanana berbau kuta yang boleh menyebabkan loya.
  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan makanan yang tinggi lemak.
  • Apabila bangun dari katil, lakukan secara perlahan-lahan jangan secara tiba-tiba boleh menambahkan rasa pening dan loya.
  • Ambil minuman yang boleh melegakan perut seperti teh lemon atau air halia. Di Shaklee kami ada Peppermint Ginger yang boleh membantu melegakan simptom alahan.
Peppermint Ginger membantu mengurangkan simptom morning sickness
 
  • Pil tambahan seperti zat besi kadang-kala boleh menyebabkan loya. Pastikan anda mengambilnya bersama dengan makanan lain.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934