Punca Kulit Berminyak

Kulit berminyak ini memang sangat tak best. Sudahlah berminyak, pori muka akan kelihatan besar, kulit tambah kusam dan kalau pakai alat solek nampak bercapuk terus. Itulah dilemma mereka yang kulit berminyak. Kak Yong nak simpan dulu solusi kepada kulit berminyak di lain entri. Kali ini Kak Yong nak kongsi tentang sebab dan punca kulit berminyak.

punca kulit berminyak

Punca kulit berminyak paling utama adalah hormon

Hormon adalah punca utama kepada kulit berminyak. Kandungan minyak pada lapisan kulit akan sentiasa berubah. Ianya bergantung kepada perubahan hormon dalam badan. Jika anda hamil, mengalami menstruasi dan juga menopause mesti boleh pearasn selalu sahaja kulit muka penuh minyak. Oleh sebab itu, ibu-ibu hamil yang mengalami masalah kulit berminyak, janganlah risau sangat. In Shaa Allah kulit berminyak akan hilang selepas hormone badan kita kembali normal semula.

Stress juga punca kulit berminyak.

Takutkan? Tidak disangka-sangka jika tekanan atau level stress terlampau tinggi kulit akan menjadi tambah berminyak. Itu juga sebab kalau stress sangat agak mudah jerawat tumbuh di muka akibat daripada pengumpulan minyak ada kulit muka secara berlebihan.

punca kulit berminyak

Diet yang tinggi gula dan lemak punca kulit berminyak

Banyakkan makan sayur-sayuran serta buah-buah. Makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng dan juga tinggi gula seperti manisan boleh mengakibatkan kulit wajah semakin berminyak. Sesetengah orang memang begitu sensitif dengan makanan bergoreng dan tinggi kandungan lemak yang boleh menyebabkan sebum minyak tambah aktif.

punca kulit berminyak

Persekitaran dan juga penggunaan alat solek tidak sesuai menjadi punca kulit berminyak.

Kepada mereka yang terdedah kepada persekitaran yang berhabuk serta panas, kulit akan menjadi semakin berminyak. Tambah-tambah lagi jika suhu persekitaran semakin tinggi. Selain itu, penggunaan alat solek yang tidak sesuai dengan keadaan PH kulit juga boleh menyebabkan sebum pada kulit mengeluarkan minyak secara berlebihan. Oleh sebab itu, perhatikan juga keadaan kulit wajah anda jika sering bertukar jenama alat solek.