Punca Haid Tidak Teratur

Wanita normal kebiasaannya akan mengalami kedatangan haid 11 hingga 13 kali setahun. Kitaran ini bergantung juga kepada diri you all. Ada yang mengalami lebih dan ada juga yang kurang daripada 11 kali setahun. Bergantung kepada kitaran hormon badan serta cara hidup you all.

Ingat tak you all pada waktu-waktu fasa awal remaja kedatangan haid. Kitaran haid menjadi tidak menentu. Sebenarnya, itu perkara biasa kerana hormon badan pada ketika itu baru sahaja hendak matang dan menjadi lebih stabil seiring dengan peningkatan usia.

Kitaran haid juga akan menjadi tidak menentu apabila you all menginjak usia menghampiri fasa-fasa menopause. Fasa menopause akan bermula setelah 12 bulan you all tidak didatangi haid.

Terdapat juga beberapa punca kenapa ada sesetangah wanita terpaksa melalui fasa haid tidak teratur. Pengalaman Kak Yong sendiri dalam setahun mesti ada dua hingga tiga bulan haid menjadi terlalu lama sehingga pernah menginjak sehingga 28 hari, kitaran haid terjadi dua kali sebulan, haid terlalu banyak serta pernah juga tidak datang haid sehingga 3 bulan lamanya.

Punca Haid Tidak Teratur

Kehamilan Punca Haid Tidak Teratur

Umum mengetahui apabila kita mengandung memang tidak didatangi haid. Namun ada juga wanita istimewa yang didatangi haid yang sedikit dan juga meleret pada awal kehamilan. Jika terdapat tanda-tanda kehamilan yang you all sedari walaupun haid, cepat-cepat periksa guna alat ujian kehamilan.

Berat Badan Berlebihan

Wanita yang mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan mengalami masalah hormon yang tidak stabil. Golongan ini biasanya akan berjumpa dengan doktor setelah tidak didatangi haid yang lama. Dan doktor menasihatkan supaya berusaha turunkan berat badan agar kitan haid kembali normal semula.

Punca Haid Tidak Teratur

Mengamalkan Diet Yang Terlampau Extreme

Apabila BMI you all berada di bawah 18 atau 19, risiko untuk mengalami kitaran haid yang tidak teratur mungkin boleh terjadi. Ini adalah disebabkan kurangnya body fat dalam badan. Body fat ini penting untuk menghasilkan hormon estrogen yang mencukupi dalam badan. You all yang mengamalkan diet extreme sehingga mengidap aneroksia dan bulimia berisiko untuk tidak didatangi haid secara normal.

Rutin Senaman Yang Ketat

Kebanyakan atlit mengalami masalah kitaran haid tidak teratur. Rutin senaman yang ketat membuatkan tubuh badan tidak mendapat rehat yang mencukupi. Oleh sebab itu, amalkan rutin senaman yang ringan dan berkala untuk kesihatan jangka masa panjang.

Tekanan Yang Tinggi

Yang ini memang tidak dapat disangkalkan lagi. Jika you all berada dalam situasi tekanan tinggi, perjalanan hormon badan juga akan terjejas. Masalah haid tidak teratur selalu terjadi jika you all tertekan dan tidak dapat mengawal stress dengan berkesan.

Punca Haid Tidak Teratur

Berhenti Mengambil Alat Perancang kehamilan

Apabila you all berhenti mengambil pil perancang, cucuk depo atau sebarang alatan pencegahan kehamilan yang berkaitan dengan hormon risiko haid tidak teratur mungkin akan terjadi. Ini adalah disebabkan dengan pengambilan alat pencegahan kehamilan itu juga sebenarnya membantu menstabilkan kitaran haid supaya teratur. Kitaran haid mengambil masa untuk menjadi teratur semula setelah beberapa kitaran.

Kitaran Hormon yang Tidak Stabil

Jika you all mengidap PCOS (Polycistic Ovarian Syndrome), perubahan hormon yang berterusan dalam badan akan menyebabkan haid menjadi tidak teratur. Pesakit PCOS akan mengalami perubahan hormon seperti estrogen, progesterone dan testosterone yang menganggu kitaran ovolusi wanita.

Punca Haid Tidak Teratur

Kegagalan Ovari Pramatang

Ada juga wanita yang tidak didatangi haid sebelum umur 40an. Keadaan ini kebanyakkanya terjadi disebabkan oleh pembedahan kemoterapi, radio terapi di kawasan abdomen atau ovari yang menyebabkan kegagalan ovari sebelum tiba masanya.

Selain itu, sekiranya mengidap penyakit diabetes, tuberkulosis (TB), penyakit hati serta sindrom penyakit usus besar juga berisiko untuk tidak didatangi haid. Sekiranya you all ragu-ragu tentang kitaran haid you all, eloklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat profesional dan dari yang pakar.

One Response

  1. Khairul Zamri November 26, 2017