Pulihkan Tona Kulit Tak Sekata Cara Semulajadi

Tona kulit tidak sekata yang kelihatan pada masa kita ialah bintik-bintik hitam pada muka, tompok-tompok melanin yang gelap pada kulit serta kecacatan yang ketara pada kulit muka. Antara punca tona kulit tak sekata ialah :

  • Terdedah kepada matahari
  • Hormon yang tidak stabil
  • Pencemaran radikal bebas
  • Pigmentasi pada kulit

Terdapat beberapa resepi semulajadi yang you all boleh dapatkan dari ceruk dapur untuk disapu pada muka dan diamalkan untuk memulihkan tona kulit tak sekata.

Pulihkan Tona Kulit Tak Sekata Cara Semulajadi

Campuran Serbuk Kunyit dan Yogurt

Bahan-bahan untuk ramuan pulihkan tona kulit tak sekata ini ialah:

  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu besar yogurt

Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati. Sapukan pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan ir sejuk. Ulang sehingga kulit menjada sekata.

Pulihkan Tona Kulit Tak Sekata Cara Semulajadi

Campuran Kentang dan Lemon

Bahan-bahannya ialah:

  • Sebiji kentang
  • Separuh biji lemon

Kupas kulit kentang. Potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam blender. Kisar sehingga halus. Tapis air kentang. Perah lemon ke dalam isi kentang. Sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Ulang dua kali sehari.

Pulihkan Tona Kulit Tak Sekata Cara Semulajadi

Campuran Oat dan Susu

Bahan-bahannya ialah:

  • Susu
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar oat

Campur kesemuanya sehingga membentuk doh mask untuk disapu di muka. Sapu di kulit muka dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air sejuk.

Kepada you all yang takut nak cuba bahan-bahan kosmetik di luar sana tapi mahukan tona kulit sekata, boleh cuba campuran resepi semulajadi ini. Good luck you all.