Pisang Tanduk Goreng Sedap Di Seksyen 18, Shah Alam

Ada bermacam-macam jenis pisang yang boleh digoreng. Jika you all penggemar pisang tanduk yang tegar boleh berkunjung ke gerai pisang tanduk goreng di Seksyen 18, Shah Alam. Kak Yong dan rakan-rakan sepejabat cukup gemar makan pisang tanduk ini. Sedap dan rangup rasanya.

Pisang Tanduk Goreng Sedap Di Seksyen 18, Shah Alam

Landmark Utama Deretan Gerai Berhadapan Masjid Az Zahariah Seksyen 18

Pemilik gerai ini bernama Wak Din. Telah lama berniaga di tapak gerai berhadapan dengan Masjid Az Zahariah Shah Alam. Gerai pisang goreng ini telah dibuka sejak dari tahun 1999 lagi. Rahsia gerai Wak Din ini dapat bertahan sehingga sekarang sudah tentulah kualiti pisang gorengnya yang sangat dijaga.

Pisang Tanduk Goreng Sedap Di Seksyen 18, Shah Alam

Pisang Goreng yang Sedap

Rahsia kesedapan pisang goreng terletak kepada bancuhan tepungnya. Kelihatan biasa sahaja. tetapi rasanya cukup dang rangup sekali. Hanya minyak baharu sahaja yang digunakan setiap hari untuk menggoreng, Potongan pisang yang memang besar dan sesuai dengan harganya RM10.00 untuk 17 keping.

Pisang Tanduk Goreng Sedap Di Seksyen 18, Shah Alam

Kunci Utama Perniagaan Adalah Keberkatan

Walau bagaimanapun, kunci kesedapan pisang goreng Wak Din adalah terletak pada diri Wak Din sendiri. Sepanjang pemerhatian saya, setiap kali waktu solat, Wak Din akan berhenti berniaga dan membiarkan sahaja gerai tersebut untuk pergi berjemaah di masjid berdekatan. Kalau you all datang ketika waktu solat, memang terpaksa menunggulah jawabnya.

Pisang Goreng Wak Din memang kita terpaksa beratur menunggunya masak. Setiap kali selesai masak, memang selamat semua dibungkus untuk dibeli. Di situ, memang ternampak keberkatan rezeki yang diberikan oleh Allah yang tidak pernah putus-putus.

Pisang Tanduk Goreng Sedap Di Seksyen 18, Shah Alam

Sebagai pembeli, Kak Yong sangat suka pisang goreng tanduk Wak Din. Rasa pisang yang manis, bancuhan tepung yang rangup dan cepat kenyang. Rasanya ada sedikit keberkatan yang dapat kita kongsi bersama sekiranya penjual itu memang ikhlas dengan masakannya. Jangan lupa cuba ye you all.

 

6 Comments

  1. akubiomed October 9, 2017 Reply
    • Azimah October 10, 2017 Reply
  2. Raihanah October 10, 2017 Reply
    • Azimah October 10, 2017 Reply
  3. Al-Manna Ameer October 10, 2017 Reply
    • Azimah October 10, 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge