Pil Iron Ibu Mengandung

Pernah tak dapat pil iron ibu mengandung dari klinik kesihatan. Kepada ibu-ibu yang bermasalah bacaan HB kurang daripada 11 memang jururawat desa akan bekalkan pil iron. Iron atau zat besi amat penting kepada ibu mengandung bagi memastikan kepekatan hemoglobin darah merah yang membawa oksigen serta zat makanan untuk ibu dan bayi berada pada paras normal serta mencegah masalah anemia pada ibu hamil. Tablet zat besi yang dibekalkan oleh klinik kesihatan berwarna colat seperti gambar di bawah ini.

pil iron ibu mengandung

Sebenarnya, saya memang tidak suka mengambil pil iron ibu mengandung dari klinik kesihatan. Masalah utama ialah apabila hendak membuang. Boleh membawa kepada kesukaran proses membuang sehingga sembelit. Maaf, ini memang terlalu detail. Tahi pula agak keras serta berwarna kehitam-hitaman.

Sementelah lagi, pil iron ibu mengandung itu pula hanya mengandungi zat besi sahaja. Bagi memastikan zat besi diserap ke dalam badan, perlunya kehadiran vitamin C bagi memaksimumkan penyerapan zat besi dalam darah. Zat besi dan vitamin C akan bertindak serentak bagi memastikan zat besi diserap sepenuhya. Walau bagaimanapun, pil iron ibu mengandung hanya mengandungi zat besi sahaja.

pil iron ibu mengandung

Jika ibu hamil di luar sana mempunyai masalah yang sama macam saya iaitu tidak suka pil iron ibu mengandung, saya syorkan bertukarlah kepada Vitalea. Vitalea adalah sumber 24 jenis vitamin dan mineral lengkap yang amat-amat diperlukan oleh ibu mengandung serta perkembangan bayi dalam kandungan. Dalam Vitalea ada zat besi, vitamin C serta asid folik yang memang sinonim sebagai vitamin yang wajib diambil ketika mengandung.

Set Mengandung Shaklee

Set Mengandung Shaklee

Walau bagaimanapun, jika ada bajet tambahan, elok juga digabungkan dengan pengambilan Set Mengandung Shaklee. Ini juga bagi memastikan zat besi dalam Vitalea dapat diserap sepenuhnya dengan kehadiran Sustained Release Vita-C Plus bagi mencegah anemia. Tambahan B Complex juga bagus bagi menggalakkan pertumbuhan sel-sel darah merah dalam badan. Ostematrix pula bagi mencegah masalah sembelit di kalangan ibu hamil Jika diambil pada peringkat awal kehamilan, In Shaa Allah tiada masalah sembelit serta buasir.

Sebenarnya, masalah bacaan HB rendah memang tidak boleh dipandang remeh. Jika masalah berlarutan akan membawa kepada masalah lain seperti sering pening, mudah pitam aau pengsan serta letih dan lesu. Sebagai ibu yang prihatin, kesihatan diri dan kandungan perlulah sentiasa diberikan keutaamaan. Boleh jenguk entri ini untuk mengetahui kenapa Vitalea juga vitamin yang sesuai untuk ibu mengandung selain sebagai pengganti pil iron ibu mengandung.

 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934

 

12 Comments

  1. arnie October 9, 2014
    • Azimah October 13, 2014
  2. nur razali October 12, 2014
    • Azimah October 13, 2014
  3. Nurul Fazreen Othman October 12, 2014
    • Azimah October 13, 2014
  4. nord October 12, 2014
    • Azimah October 13, 2014
  5. Hanis Amin October 16, 2014
    • Azimah October 16, 2014
  6. farha October 19, 2014
  7. Nadra October 21, 2014