Petua Kurangkan Selesema Bayi

Kak yong percaya yang masalah selesema pada bayi adalah masalah sejagat kaum ibu. Jika tidak diawasi mahupun dirawat akan membawa kepada masalah yang lebih besar seperti jangkitan kuman pada paru-paru. Kak Yong sendiri sudah mengalami anak yang kerap terkena jangkitan pnuemonia. Walau bagaimanapun, untuk anak yang berumur bawah daripada setahun, penggunaan ubat adalah tidak sesuai untuk merawat penyakit selesema mahupun batuk. Oleh sebab itu, petua kurangkan selesema bayi menggunakan bawang putih adalah pilihan Kak Yong.

Hafiy adalah anak Kak Yong yang baru sahaja hendak mencecah umur 4 bulan minggu depan. Walau bagaimanapun, Hafiy memang mempunyai masalah selesema serta nafas yang berbunyi kuat sejak dari dalam pantang lagi. Kelakarnya, Hafiy memang kuat bersin akibat selesema seawal beberapa jam selepas dilahirkan. Dan itu, memang telah menjadi antara salah satu kerisauan yang berpanjangan buat Kak Yong. Kena selalu monitor selesema serta nafas Hafiy.

Petua Kurangkan Selesema Bayi

Kak Yong memang praktikkan petua kurangkan selesema bayi dengan menggunakan bawang putih. Minyak bawang putih memang Kak Yong sapu setiap malam sebelum tidur. Cara hendak membuat minyak bawang putih ialah :

  • Bakar 5 ke 6 ulas bawang putih bersama kulitnya pada api sederhana sehingga berbau dan menjadi agak masak (lembik sedikit)
  • Apabila sudah agak masak, buang kulit bawang putih yang terbakar
  • Hancurkan bawang putih tersebut di dalam piring. Bawang putih akan senang dipicit apabila dibakar dengan elok
  • Letak minyakkan minyak bayi mahupun minyak kelapa. Kak Yong guna minyak kelapa dara As-Syifa.

Petua Kurangkan Selesema Bayi

Selepas selesai bolehlah disapukan pada dada, belakang, ubun-ubun serta hidung bayi. Sapu juga minyak bawang putih pada tapak kaki dan pakaikan stokin sebelum tidur. In Shaa Allah esok pagi selesema yang pekat akan mudah keluar apabila bayi bersin. Jika bayi mempunyai masalah selesema kronik, menyapukan minyak bawang putih membantu untuk mengeluarkan kahak serta hingus melalui hidung dan juga muntah bayi.

Selain itu, jika Kak Yong tengok masalah selesema Hafiy macam kronik sedikit, Kak yong amalkan teknik percussion dengan hidu wap bawang putih. Petua kurangkan selesema bayi dengan teknik wap dan percussion juga sangat mudah diamalkan. Tengok sahaja gambar di bawah, yang mana Kakak Amani dengan yasmin seronok betul dengan rutin wap bawang putih ini. mereka semua memang sudah faham jika selesema sahaja memang wajib buat teknik ini. Hafiy pun jarang menangis bila buat teknik percussion.

Petua Kurangkan Selesema Bayi

Untuk teknik wap dan percussion caranya mudah sahaja :

  • Rendam atau rebus 5 ke 6 ulas bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam air panas.
  • Kemudian masukkan ke dalam cawan atau jag kecil bagi memudahkan kerja menyedut nanti.
  • Sebelum proses menyedut, ibu-ibu boleh mulakan teknik percussion. Pastikan tapak tangan anda gelembung (berbentuk bukit). Bukannya tepuk secara meleper dan rata (cara yang salah). Tepuk di bahagian belakang bayi secara sederhana kuat. Jangan kuat sangat. Elakkan tepuk di kawasan tulang belakang. Tepuk di bahagian belakang bayi selama 5 ke 10 minit. Kemudian, bahagian hadapan dada bayi 5 ke 10 minit. Ini untuk melonggarkan kahak-kahak yang ada di dalam dada.

Petua Kurangkan Selesema Bayi

  • Suruh anak hidu wap bawang putih tersebut. Kalau anak menangis lagi bagus, sebab lagi banyak wap akan tersedut. Jika, masalah selesema tersangatlah kronik, hingus akan segera berjurai-jurai keluar. Jika hanya sederhana, cara ini akan membantu anak bernafas dengan lebih lega dan kahak pun akan keluar melalui lampin atau selesema. Walau bagaimanapun, kena berhati-hati kerana kulit bayi nipis, wap yang terlalu panas akan mencederakan bayi. Lakukan selaa 10 ke 15 minit.

Petua Kurangkan Selesema Bayi

Walau bagaimanapun, petua kurangkan selesema bayi melalui bawang putih ini hanyalah salah satu usaha yang Kak Yong lakukan untuk Hafiy. Yang menyembuhkan Allah jua. Selain itu, Kak Yong juga memang pengguna vitamin Shaklee yang boleh dijadikan usaha untuk meningkatkan imun serta antibodi bayi melalui penyusuan susu ibu. Nutriferon, Garlic Complex, Zink Complex, vitamin C, Omega Guard serta pelbagai vitamin asas yang lain memang tidak tinggal untuk meningkatkan antibodi dalam susu ibu bagi melawan penyakit selesema Hafiy secara semulajadi. Selain itu, mendapatkan nasihat pakar perubatan tentang keadaan paru-paru bayi setiap bulan juga elok dalam mengawasi masalah selesema anak daripada melarat.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

2 Comments

  1. Noriza Rahman September 9, 2015
  2. arnie September 10, 2015