Petua Kesejahteraan Diri Selepas Bersalin

Ada orang lebih suka untuk mengamalkan petua tradisional. Ada serba sedikit tips yang boleh dilakukan oleh ibu yang bersalin yang mahu mengamalkan petua tradisional. Antara petua kesejahteraan diri selepas bersalin yang boleh diamalkan di sini tidak memerlukan kos yang tinggi. Cuma tahap kesabaran untuk melakukan petua itu sahaja yang penting.

Petua kesejahteraan diri selepas bersalin untuk kesegaran badan ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih, daun pandan dan juga sedikit halba, bunga cengkih serta garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan tersebut setiap hari sehingga 40 ari berpantang.

Untuk menaikkan seri wajah pula bersihkan beberapa ranting daun inai kemudia rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan amalkan minum air rebusan tersebut segelas pada waktu pagi serta segelas pada waktu malam. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu.

Petua Kesejahteraan Diri Selepas Bersalin

Daun pegaga memang banyak kahsiat kepada wanita bersalin. Antara petua kesejahteraan diri selepas bersalin yang mampu membantu untuk mengecutkan rahin ialah dengan mengamalkan daun pegaga. Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan pucuk pokok sepagi berdiri bersama-samanya. Minum air rebusan tersebut tiga hari berturut-turut.

Sebagai kaedah untuk merawat kesihatan secara dalaman pula boleh tumbuk isi kunyit dan daun inai sehingga lumat. Kemudia, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Amalkan selama tiga hari seminggu sepanjang berpantang. Ianya membantu untuk menyembuhkan luka dengan cepat serta menaikkan seri wajah.

Bagi mengatasi masalah kekurangan susu badan, rebus daun kucai bersama ikan bilis. Makan bersama nasi panas serta amalkan selalu sehingga nampak perubahan kepada kuantiti susu badan.

Petua Kesejahteraan Diri Selepas Bersalin

Petua kesejahteraan diri selepas bersalin bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin sama ada normal mahuun pembedahan dengan makan ikan haruan sama ada dibakar atau direbus. Jika boleh, amalkan makan hempedu ikan haruan bersama dengan satu sudu besar madu lebah asli.

Kepada ibu bersalin yang suka kepada petua tradisional, petua ini saya pun google melalui internet. Jika mahu lebih lagi mungkin ibu-ibu comel boleh luangkan lebih masa lagi melayari intrenet bagi segala petua tradisional untuk wanita bersalin.

4 Comments

  1. Noriza Rahman April 7, 2015
  2. islam di dadaku April 7, 2015
    • Azimah June 2, 2015
  3. Dr Fattah April 16, 2015