Petua Hilangkan Keputihan Ketika Hamil

Masalah keputihan ketika hamil sebenarnya adalah normal. Ini adalah disebabkan oleh perubaha nhormon yang berlaku ketika hamil.Walaubagaimanapun, masalah keputihan ketika hamil perlu diawasi sepanjang proses kehamilan supaya tidak membawa kepada masalah serius kepada ibu hamil serta anak dalam kandungan. Tahukah anda yang daun sirih boleh digunakan sebagai petua hilangkan keputihan ketika hamil.

petua hilangkan keputihan ketika hamil

Sebelum saya kongsi dulu petua hilangkan keputihan ketika hamil, suka saya ingatkan ibu hamil yang mengalami masalah keputihan hendaklah mengawasi tahap keputihan di kawasan intim anda. Jika keputihan tersebut berpanjangan, terlampau banyak, berketul-ketul serta sentiasa berair, kegatalan melampau, berbau hamis atau busuk dan bertukar warna dari kekuningan ke coklat cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor. Ketepikan perasaan malu.

Ini adalah kerana jika anda mengambil ringan masalah tersebut boleh membawa kepada kelahiran bayi pramatang, kecacatan otak serta penglihatan bayi dan juga meningkatkan risiko epilepsi pada bayi. Doktor akan mengambil sampel kulat pada kawasan vagina anda dan akan memberikan preskripsi ubat-ubatan yang sesuai bagi merawat masalah keputihan tersebut.

Selain itu, boleh amalkan air rebusan daun sirih sebagai petua hilangkan keputihan ketika hamil. Rebus dalam 15 ke 20 helai daun sirih. Isipadu air boleh agak-agak ikut kesesuaian dan kekerapan penggunaan. Biarkan sejuk dan jadikan air untuk mencuci bahagian intim. Amalkan sekerap mungkin yang mana akan memberikankelegaan di bahagian intim tersebut. Jangan tak percaya daun sirih ini banyak khasiatnya.

petua hilangkan keputihan ketika hamil

Kebaikan petua hilangkan keputihan ketika hamil dengan daun sirih akan merencatkan pertumbuhan kulat candida yang merupakan punca kepada masalah keputihan, bertindak sebagai antiseptik merawat kegatalan dan infeksi pada kulit serta melancarkan perjalanan haid serta menyuburkan kandungan.

Tips untuk mereka yang tidak hamil, amalkanAlfafa Complex setiap hari In Shaa Allah tanpa disedari masalah keputihan akan hilang.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934