Perubahan Kulit Ketika Remaja

Kak Yong pernah remaja dan memahami bahawa banyak masalah kulit akan bermula ketika alam remaja. Cecah sahaja tahap akil baligh mulalah segala proses kematangan dalam diri. Paling sedih sekali dan sukar hendak dikawal ialah perubahan kulit muka.

Perubahan Kulit Ketika Remaja

Antara perubahan kulit muka yang biasa terjadi ketika alam persekolahan sekolah menengah ialah bintik-bintik noda hitam dan putih. Paling banyak sekali di bahagian hidung. Rasa geram sahaja tengok. Lebih-lebih lagi kalau yang rasa menggerutu timbul-timbul di bahagian hidung. Mulalah cari besi pemicit untuk keluarkan bintik hitam itu. Rasanya…auuch sakit sampai merah hidung.

Perubahan Kulit Ketika Remaja

Selain itu, timbul pula kulit berjerawat. Ada jenis kulit yang tumbuh jerawat ala-ala manja gitu. Setakat satu dua sahaja. Ada pula jenis jerawat pemanis setompok di pipi kiri dan kanan. Style blusher. Dengan merah-merah halus, nampak comel sahaja. Dan ada pula jenis yang jerawat batu besar-besar sampai bernanah. Memang susah hati tengok muka di cermin. Boleh terjadi pada lelaki mahupun perempuan.

Perubahan Kulit Ketika Remaja

Masa zaman remaja inilah Kak Yong kenal kertas minyak yang kawan-kawan bawa ke sekolah tekap di pipi dan hidung. Salah satu masalah kulit ketika remaja juga adalah kulit berminyak. Kalau lepas beratur di luar cuaca panas rasa macam ada sekuali minyak di muka. Cara atasi memang lap muka dengan tisu atau kertas serap minyak sahajalah.

Masalah perubahan kulit ini perkara biasa dan akan dialami oleh semua orang. Tips mudah, amalkan kebersihan kulit muka sentiasa. Dan pilih produk yang selamat dan tidak merengsakan kulit.