Permulaan 2015 Yang Mencabar

Tahun 2014 berakhir dengan situasi yang agak mencabar bagi Kak Yong. Laman web Kak Yong lovehutladyvitamin.com telah diserang malware. Dan awal tahun 2015, perkara yang sama berulang lagi. Ini membuatkan Kak Yong terpaksa bertukar ke domain dan juga hosting yang baru. Walau bagaimanapun, Kak Yong anggap semua itu cabaran yang bakal dilalui pada tahun 2015 untuk menempah kejayaan yang lebih gemilang.

Tragedi serangan malware ini membuatkan Kak Yong mengambil keputusan untuk rebranding web Kak Yong dengan cara yang lebih santai, mesra pembaca serta berkongsi segala macam serbi tentang kehidupan, tips dan tentu sekali keseronokan mengamalkan Shaklee dalam kehidupan seharian.

Perjalanan tahun 2015 memang nampak mencabar bagi Kak Yong. Usaha menaikkan web kakyongcun.com ini mesti diberi keutamaan. Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa tidak give up sahaja. Jawapannya mudah sahaja, Kak Yong suka dan falling in love dengan apa yang dibuat sekarang. Orang kata kalau tidak dipecahkan ruyung, mana hendak dapat sagunya. Jika hendak mengecap kejayaan, kesabaran, kecekalan, usaha yang berterusan ditambah dengan doa dan tawakal mesti disematkan dalam diri. Kak Yong berharap pembaca tersayang di luar sana juga akan berjumpa dengan passion anda sendiri.

Kak Yong juga berharap perkongsian peribadi dalam web yang terbaru ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada pembaca tersayang. Dan diharapkan segala coretan tidak disalah ertikan serta menyinggung mana-mana pihak. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri Kak Yong sendiri.

Love,

KakYongCun

3 Comments

  1. Alongxp February 6, 2015
    • Azimah February 6, 2015
  2. Sani Sini Sana February 24, 2015