Pentingnya Vitamin C

Vitamin C merupakan vitamin larut air. Vitamin larut air ini mudah dikeluarkan dari badan melalui urin jika tidak digunakan dalam tempoh masa tertentu. Oleh sebab itu, ianya perlu diganti dan diambil setiap hari. Ianya perlu bagi menjamin kehadiran vitamin C secara berterusan dalam badan. 
 
Vitamin 500mg
 
 
Antara salah satu sebab utama mengapa pentingnya kehadiran vitamin C ialah ia diperlukan untuk menggalakkan penghasilan kolagen. Kolagen merupakan tisu-tisu daripada protein yang menyambung dan memegang sel-sel untuk menghasilkan tulang rangka, melekatkan otot-otot ke tulang, membentuk saluran darah dan memastikan setiap organ dan kulit di setiap bahagian tubuh kita berada di tempat yang sepatutnya. Cara mudah nak fahamkan, kolagen adalah gam yang paling penting kepada setiap sistem tubuh kita. Bila badan cukup kolagen tiadalah muka kita cepat berkedut dan badan kita gelebeh sana sini.
 
Kesan kehilangan kolagen
 
 
Vitamin C juga penting dalam proses penyembuhan luka. Ia membantu dalam memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak akibat daripada patah, terseliuh, luka dan sebagainya. 
 
Selain itu, vitamin C juga merupakan sejenis vitamin antioksidan yang tinggi. Ia membantu mencegah radikal bebas yang membawa kepada penyakit merbahaya. Selain itu, vitamin C juga merupakan immune booster yang terbaik. Pengambilan yang kerap dapat membantu mencegah penyakit seperti demam dan selesema.
 
Kekurangan Vitamin C akan membawa kepada penyakit Skurvi. Antara tanda-tanda penyakit ini ialah gusi bengkak dan berdarah, kehilangan gigi, keletihan, bengkak sendi, luka lambat sembuh dan juga anemia. 
 
Disebabkan vitamin C ini tidak boleh disimpan dan dihasilkan sendiri dalam badan terlalu lama, maka pengambilan setiap hari amatlah perlu bagi memastikan tubuh dapat menjalankan aktiviti kimianya dengan baik. Pilihlah vitamin C yang diekstrak secara semulajadi serta tidak membawa kesan buruk jika digunakan secara berpanjangan. 
 
Teknologi Pelepasan Vitamin C Selama 5 Jam
 
 
Sustained Release Vita-C Plus merupakan pilihan terbaik serta teknologi terhebat dalam penciptaan Vitamin C. Kenapa saya katakan begitu?
  • Dihasilkan daripada sumber semulajadi yang diekstrak dari kanji jagung bagi menghasilkan vitamin C 500mg. Penghasilan molekul vitamin C melalui cara ini adalah sama juga dengan penghasilan molekul vitamin C daripada buah-buahan sitrus.
 
  • Teknologi pelepasan ke dalam tubuh setiap 100mg selama 5 jam memastikan yang tubuh mendapat bekalan vitamin C. Ianya bersamaan dengan makan 7.5 biji oren dalam masa 5 jam. Dengan cara ini, badan anda tidak akan kerugian vitamin C, yang mana kebanyakan vitamin C dalam pasaran tidak meyerap sepenuhnya ke dalam tubuh lantas meninggalkan kesan sampingan.
  • Dilengkapi dengan Bioflavonoids yang meningkatkan kadar penyerapan vitamin C. Bioflavonoids berkesan untuk melawan bakteria, mengurangkan bacaan kolestrol, mencegah asma serta alahan.
Semua orang pun sedar betapa pentingnya vitamin C kepada tubuh kita. Yang paling glamour sekali tentulah untuk kecantikan. Artis-artis pun mengamalkan cucuk vitamin C untuk cantik. Dengan Sustained Release Vita-C Plus ini, tak perlu cucuk tapi kesannya sama sahaja. Asalkan diambil secara konsisten. Jadi dapatkan bekalan Vita-C Plus anda dari saya. Pengedar sah Shaklee anda di kawasan Shah Alam Klang. Konsultansi akan diberikan secara percuma 🙂


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934