Pengalaman Minum Air Gula Semasa Hamil

Artikel ini macam agak lewat untuk dikeluarkan kerana pengalaman minum air gula semasa hamil Kak Yong adalah pada 10 April 2015 yang lalu. Ketika sindrom kemalasan untuk update blog sedang melanda. Walau bagaimanapun, Kak Yong nak kongsi pengalaman peribadi Kak Yong minum air gula.

Sebenarnya punca kenapa Kak Yong terpaksa minum air gula adalah kerana pada hari rutin pemeriksaan di hospital bacaan gula Kak Yong melebihi 2+ dari bacaan normal. Ini mesti disebabkan oleh penangan sarapan pagi yang agak mewah juga. Sarapan pagi teh ais dengan roti canai dua keping. Kurang pula minum air kosong selepas itu, memang tinggilah bacaan gula.

Pengalaman Minum Air Gula Semasa Hamil

Prosedur untuk memulakan sesi minum air gula ialah ibu-ibu diarahkan untuk berpuasa sebelum pukul 12:00 tengah malam. Ini adalah disebabkan proses pengambilan darah untuk kali pertama akan dilakukan pada pukul 8:00 pagi. Kak Yong disuruh untuk berpuasa selama 8 jam. Selepas itu darah akan diambil untuk kali pertama. Prosedur hospital juga memerlukan untuk kita mengambil ujian urin sebelum minum air gula. Selepas itu barulah minum air gula.

Air gula yang Kak Yong kena minum adalah gula asli tanpa sebarang perasa. Ada juga klinik kesihatan atau hospital yang memberikan air gula perasa Ribena atau oren. Memang penuhlah cawan kertas. Tarik nafas ketika minum dan jangan minum sikit-sikit kerana mudah loya. Memang rasa manis sangat. Masuk teguk yang keempat memang rasa pening dengan gula. Mulut pun sudah melekat manisnya.

Pengalaman Minum Air Gula Semasa Hamil

Selepas sesi minum air gula tersebut, perlu pula menunggu selama 2 jam untuk pengambilan darah kali kedua. Kita tidak dibenarkan untuk mengambil apa-apa minuman atau makanan selama dua jam tersebut. Hanya minum air kosong sahaja. Sesi menunggu yang memang lama di hospital. Selepas dua jam, ambil lagi lebih kurang 5ml darah. Selepas itu, bolehlah pulang ke rumah seperti biasa.

Sebenarnya, sesi minum air gula ini untuk mengesan ibu-ibu yang mempunyai diabetes Type 2. Ini bagi memudahkan sesi pemantauan kesihatan ibu dan bayi supaya tiada komplikasi ketika melahirkan bayi. Bacaan gula normal untuk ibu hamil ialah di bawah 7.8 selepas 2 jam pengambilan air gula. Jika bacaan melebihi 7.8 ibu-ibu disahkan mengidap diabetes ketika hamil dan langkah-langkah penjagaan kesihatan yang lebih untuk ibu dan bayi perlu dilakukan bagi mengelakkan komplikasi serius. Info lanjut anda boleh baca di sini.

 

 

 

4 Comments

  1. Noriza Rahman May 9, 2015
    • Azimah June 2, 2015
  2. Dr Fattah May 12, 2015
    • Azimah June 2, 2015