Pengalaman Menyusu Ketika Mengandung

Baru sahaja selesai sesi pemeriksaan di hospital pagi tadi. Minggu ini kandungan Kak Yong Alhamdulillah telah pun berusia 37 minggu. Yang paling kelakar EDD asyik tidak tetap sahaja. Berlegar-legar di sekitar 21 atau 26 Mei 2015. Ini merupakan kehamilan kali kedua Kak Yong mengandung sambil menyusukan bayi. Sebenarnya pengalaman menyusu ketika mengandung kedua-duanya tidak begitu banyak beza bagi Kak Yong.

Ketika mengandungkan Amani anak ketiga Kak Yong. Sesi penyusuan terpaksa dihentikan pada usia kandungan Kak Yong berusia 7 bulan. Pada mulanya, memang tiada kesan yang ketara apabila masih lagi menyusukan Yasmin ketika mengandungkan Amani. Kak Yong akan merasakan mild contraction ketika menyusukan Yasmin sejak usia kandungan 5 bulan lagi.

Pengalaman Menyusu Ketika Mengandung

Walau bagaimanapun, Kak Yong masih juga teruskan sesi penyusuan Yasmin. Tetapi, kesan contraction semakin kuat apabila kandungan mencecah 7 bulan. Yasmin cuma boleh menghisap susu paling lama 5 minit sahaja. Selepas itu, memang feeling contraction seperti hendak bersalin. Ini membuatkan Kak yong terpaksa bercerai susu dengan Yasmin pada ketika itu. Kesan sakit contraction itu masih tetap dirasakan walaupun telah bercerai susu. Ianya semakin kuat bermula daripada minggu ke 36. Kesan contraction memang on off sehinggalah kandungan Kak yong cukup matang sehingga 40 minggu.

Untuk kandungan kali keempat ini,. Amani memang belum bercerai susu sepenuhnya. Namun, memang Kak Yong akan berusaha untuk melarikan diri jika Amani merengek untuk menyusu badan. Kak Yong bernasib baik, Amani boleh dipujuk untuk menyusu botol sejak dari sebulan yang lalu. Walau bagaimanapun, apabila tiba angin kurang elok, Amani memang tidak boleh dipujuk menggunakan botol. Tetapi sesi hisapan cuma berlangsung selama dua tiga minit sahaja. Mungkin untuk melepaskan gian. Itupun sudah membawa kepada kesan contraction yang berpanjangan sepanjang hari.

Pengalaman Menyusu Ketika MengandungPengalaman Menyusu Ketika Mengandung

Sebenarnya, pengalaman menyusu ketika mengandung adalah berbeza mengikut setiap ibu-ibu. Ibu yang boleh menyusukan bayi tanpa ada rasa contraction serta tidak membahayakan ibu serta kandungan, anda memang patut meneruskan memberikan yang terbaik untuk anak anda. Kak yong sungguh cemburu kepada ibu-ibu yang bertuah. Walau bagaimanapun, apa jua yang hendak dilakukan mestilah atas khidmat nasihat doktor supaya tidak membahayakan anda dan kandungan.

One Response

  1. Noriza Rahman May 18, 2015