Pengalaman Bersalin di Hospital Kerajaan

Semua orang ada pengalaman bersalinnya tersendiri. Hari ini Kak Yong hendak kongsi pengalaman bersalin di hospital kerajaan. Kak Yong tak dapatlah nak sharing pengalaman bersalin hospital swasta sebab ketiga-tiga anak Kak yong bersalin hospital kerajaan sahaja.

Untuk anak pertama Harith, Kak Yong bersalin di Hospital Sri Manjung Perak. Masa itu, balik cuti Raya Haji. Air ketuban Kak Yong bocor dan terpaksa duduk di wad bersalin lebih kurang 5 hari. Dua hari pertama sebelum bersalin, manakala tiga hari seterusnya di NICU menjaga baby yang terpaksa dimasukkan antibiotik.

Pengalaman Bersalin di Hospital Kerajaan

Pengalaman bersalin di hospital kerajaan Sri Manjung, hospital ini memang mesra ibu dan bayi. Kita tak payah susah-suah nak bawa baju bayi mahupun ibu, Kesemuanya disediakan. Tapi itu kes lapan tahun lepas. Tak tahulah pula bagaimana perkhidmatannya sekarang. Doktor memang terhad. Walau bagaimanapun, jururawat dan bidannya memang berpengalaman, manis muka dan juga sungguh-sungguh membantu.

Bayangkan Kak Yong yang tiada pengalaman terpaksa menjaga anak di NICU memang sungguh mencabar fizikal dan mental. Kak Yong tak malu hendak mengaku bahawa Kak Yong pernah menangis disebabkan baby sentiasa meragam. Jururawat memang banyak membantu jika kita keletihan dan memberikan khidmat nasihat dari segi penyusuan dan juga penjagaan bayi.

Pengalaman Bersalin di Hospital Kerajaan

Untuk Yasmin dan Amani, Kak Yong bersalin di HUKM Cheras. Doktor pakar memang sentiasa standby. Bidannya juga memang banyak pengalaman. Walau bagaimanapun, jika anda tidak suka dengan kehadiran banyak doktor pelatih HUKM bukan tempat yang sesuai untuk anda. Sebelum bersalin ditemuramah, selepas bersalin pun akan ditemuramah oleh pelajar praktikal. Walau bagaimanapun, ibu boleh menolak dengan baik sekiranya tidak mahu diganggu. Ketika di bilik bersalin juga terdapat banyak pelajar praktikal yang akan sibuk hendak mendapatkan pengalaman. Kak Yong sendiri akan menolak secara tegas bahawa pelajar praktikal tidak dibenarkan untuk melakukan apa-apa prosedur perubatan.

Alhamdulillah, pengalaman bersalin kak Yong di hospital kerajaan tidaklah menakutkan. Kak yong memang memilih hospital kerajaan kerana pengalaman bersalin yang lepas-lepas memang Kak yong akan mengalami kesukaran ketika bersalin. Kak Yong akan mengalami sakit bersalin induce paling sekejap selama 7 jam, paling lama 12 jam. Dan bagi mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi, Kak Yong lebih suka memilih hospital kerajaan.

3 Comments

  1. Helmi Aliarit March 17, 2015
    • Azimah March 18, 2015
  2. Noriza Rahman April 8, 2016