Pencuci Pinggan Shaklee

Antara produk yang kak Yong guna hari-hari ialah pencuci pinggan Shaklee Dish Wash Concentrate. Bukan muka sahaja hendak cantik, pinggan mangkuk pun nak kilat berseri-seri. Coretan Kak Yong pada kali ini lebih kepada pendapat peribadi yang menggunakan pencuci pinggan Shaklee dekat hampir setahun lebih.

Istimewanya pencuci pinggan Shaklee Hand Dish Wash ini ialah memang sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif. Istilah kulit sensitif ini ialah kulit yang alah kepada detergen tindak balas kimia. Dish Wash Concenntrate ini menggunakan bahan semulajadi. Yang mana telah terbukti lembut kepada tangan serta tidak menyebabkan pengelupasan kepada jari. Sementelah mereka yang kulit senssitif memang saya syorkan gunalah Dish Wash Concentrate. Selain selamat pada kulit, bonusnya ketika mencuci kulit tangan pun jadi lembut.

Pencuci Pinggan Shaklee

Walaupun pencuci pinggan Shaklee ini semulajadi dan tidak ada detergen, kuasa mencucinya memang superb. Jika minyak-minyak pada pinggan dan cawan plastik senang sungguh dibersihkan. Faham-faham sahajalah anak Kak Yong yang sedang membesar, kenalah guna pinggan dan cawan plastik. Jika kaca, mahu kopak mengganti pinggan mangkuk sahaja. Umum tahu, jika minyak melekat di cawan plastik lagi-lagi kuah kari memang susah hendak hilang. Tetapi, dengan Hand Dish Wash kerja menjadi mudah.

Pernah tak mempunyai pengalaman, pencuci pinggan berbau kurang menyenangkan. Bau itu melekat pada sponge cuci pinggan kemudian melekat pada pinggan dan juga tangan selepas sesi mencuci. Masalah ini memang tiada dengan pencuci pinggan Shaklee Hand Dish Wash. Baunya nak kata wangi pun tak, nak kata tiada bau pun tak. Itu yang peliknya. Kena guna sendiri baru tahu baunya macam mana. In Shaa Allah, ibu-ibu akan puas hati dengan hasil cucian walaupun tidak berbau wangi seperti jenama lain.

Pencuci Pinggan Shaklee

Dan, akhir sekali sudah tentulah, bagi saya harga setanding dengan penggunaan. Sebotol boleh tahan sehingga dua ke tiga bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan dan amaun yang dipicit. Sebenarnya, setitik sahaja sudah mencukupi. Buihnya banyak dan kuasa mencucinya memang terbaik. Pendek kata, Kak Yong puas hatilah dengan kebersihan pinggan mangkuk di rumah. Kak Yong syorkan kepada ibu-ibu yang mahukan pembantu terbaik memudahkan kerja-kerja mencuci pinggan.