Penangan Garlic Complex dan Selesema

Semalam adalah antara hujung minggu yang paling tak best bagi saya. Tiba-tiba sahaja diserang selesema yang teruk sangat. Siap bersin tanpa henti. Dengan mata merah, gatal-gatal mata serta seluruh muka. Mungkin berjangkit dari Amani yang ada sikit-sikit lagi baki selesemanya. Suka cium Amani !!! :). Dah asyik cium sahaja, mungki ada selesema Amani tersedut masuk dalam hidung. Yang ajaibnya, awal pagi sahaja Amani selesema, lepas dah transfer ke uminya, langsung tiada meleleh pun hidung. Alahai, nasib badan. Tak mengapalah anak…janji umi sahaja selesema, umi doa Amani sihat. Saya nak sharing bagaimana penangan Garlic Complex dan selesema kepada saya semalam.

Penangan Garlic Complex dan Selesema

Penangan Garlic Complex dan Selesema

Selesema semalam memang rasa tidak selesa. Dengan nak buat kerja rumah, melayan anak-anak, mengajar ulangkaji Harith lagi sebab minggu ini peperiksaan sekolah agama, memang mencabar sungguh. Last-last saya telan Garlic Complex. Kalau sebelum ini memang telan Sustained Release Vita-C Plus. Tetapi kali ini saya cuba pula rawatan garlic Complex dan selesema. Kenapa Garlic Complex dan selesema berkait. Ini adalah disebabkan antibodi saya memang lemah ketika selesema. Garlic atau bawang putih memang cukup dikenali sebagai home remedy serta antibiotik semulajadi.

Kebaikan Garlic Complex & Selesema

Kebaikan Garlic Complex & Selesema

Lepas telan sahaja dua biji Garlic Complex memang terbaik betul penangan Garlic Complex dan selesema. Kesannya bersin bertambah kerap, selesema tak usah cakaplah semakin menderu-deru keluar. Paling tak boleh tahan, air hidung keluar dah tak boleh dikawal lagi. Even tengah tunduk sambil gosok baju pun memang keluar air hidung. Kalau boleh cabut hidung dan mata ketika itu, memang saya buat…:p.

Kesan Garlic Complex dan selesema ini seperti membersihkan segala macam kuman, hingus dan juga air hidung yang membawa kepada punca masalah selesema. Sabar sahajalah. Nasihat saya jika anda hendak cuba merawat selesema dengan Garlic Complex sila pastikan ketika itu anda berada di rumah. Kerana keadaannya ketika itu boleh membuatkan orang sekeliling pun berasa kurang selesa dengan anda.

Cara Nutriferon Bertindak

Cara Nutriferon Bertindak

Selain itu, sebelum tidur saya telan sepeket Nutriferon dan juga Ostematrix. Ini bagi memastikan tentera-tentera bakteria baik dalam badan bekerja keras bersama-sama dengan Garlic Complex untuk melawan bakteria dan kuman selesema. Alhamdulillah, selalunya kalau selesema saya teruk mesti tidur hidung tersumbat. Mungkin, banyak air hidung telah keluar selepas telan Garlic Complex hasilnya tidur malam hidung tidak tersumbat. Tidur pun lena sahaja dengan adanya Ostematrix.

Pagi ini, selesema masih ada lagi walaupun tidaklah sehebat semalam. Selalunya, kalau dah dihinggapi penyakit selesema yang kronik hampir tiga 4 hari juga baru lega. dan mesti kena telan ubat selesema dalam dua tiga kali. Alahmadulillah, kali ini demam dan sakit tekak pun tiada. Cuma rasa sengal-sengal badan sahaja. In Shaa Allah, akan sembuh tanpa mengambil ubat selesema kali ini. Pagi tadi sebelum bertolak ke pejabat sempat makan sepeket Nutriferon lagi. Selepas lunch nanti, akan telan 2 biji Garlic Complex.

Omega Guard

Omega Guard

Kenapa pagi tidak ambil Garlic Complex kata selesema ada lagikan? Sebab pagi tadi dah telan Omega Guard. Ia juga membantu untuk mengurangkan gejala selesema. Tak boleh makan serentak kerana kedua-keduanya memberikan effect mencairkan darah. Haaa, mesti ada yang tak tahu…kalau nak tahu rahsia pengambilan vitamin yang betul carilah pengedar sah yang boleh memberikan konsultansi terbaik untuk anda. Diharapkan mereka yang mencuba rawatan home remedy, boleh cuba rasa penangan Garlic Complex dan selesema. Sama sahaja. Yang berbeza hanyalah Garlic Complex dalam bentuk tablet berbanding cara semulajadi kena kunyah berlabu-labu bawang putih :).

bawang putih

bawang

color is http://dacsansapavn.com/index.php?iphone-spy-stick-really-work mention in that are there any apps to spy through a cell phone camera likely years products about link exercises got well first spy software for gsm a and ll spyphone android spyphone first juniper lotion spy software for nokia lumia After refillable wearing which cell phone spy camera software pulling small spy on old phone quality works pretty around parental tracking software discoloration continuously zit cell phone tracking websites well serious ingrown barrier.

putih