Panduan Bersenam Ibu Hamil

Sebenarnya ibu hamil pun boleh bersenam. Walau bagaimanapun, kenalah berpada-pada. Kena tengok juga tahap kesihatan dan juga keadaan fizikal serta mental ketika itu. Panduan bersenam ibu hamil ini boleh dijadikan tips untuk anda yang ingin bersenam.panduan bersenam ibu hamil

Panduan bersenam ibu hamil yang pertama sekali ialah kena tengok juga usia kandungan anda. Jika perut sudah semakin besar, sesuaikanlah jenis senaman dengan anda. Senaman yang paling selamat dan selesa ialah boleh dilakukan dalam posisi baring. Seperti senaman kagel yang boleh memudahkan proses kelahiran. Walau bagaimanapun, berjalan atau berlari anak perlahan, berenang, yoga dan juga regangan ringkas pada anggota badan juga boleh diamalkan ketika hamil.

Bersenam ketika hamil juga memberikan banyak kebaikan tanpa kita sedari. Paling utama kenaikan berat badan dapat dikawal dengan senaman. Jantung juga dapat mengepam darah dengan lebih bagus lagi. Ini menambahkan tahap kecerdasan ibu-ibu serta membantu mengawal tekanan pada bayi mahupun kita sendiri. Saya sendiri pun ketika hamil suka berenang dan juga bermain bowling.

panduan bersenam ibu hamil

Walau bagaimanapun, janganlah pula amalkan senaman yang ekstrem seperti permainan tenis, futsal, menunggang kuda, atau meluncur ais yang boleh membawa kepada kecederaan kepada kita. Amalkan bersenam secara berkala kerana ini dapat membantu ibu-ibu untuk kekal cergas dan bertenaga sewaktu proses kelahiran kelak. Diharapkan panduan bersenam ibu hamil ini dapat memberikan sedikit info kepada ibu yang baru mula hendak bersenam.