Pandangan Peribadi : Bisik Pada Langit

Semalam Kak Yong dan Encik Suami luangkan masa bersama untuk menonton cerita Bisik pada Langit. Kalau you all mahukan cerita tentang cinta, konflik dan plot-plot yang mengejutkan Bisik pada Langit bukanlah pilihan utama. Filem ini lebih kepada perasaan kasih sayang dan rasa kehilangan.

Filem ini adalah kisah realiti masyarakat kita. Tiada rasa dibuai yang tidak logik. Acah-acah bercinta dengan anak orang kaya dan sebagainya. Kak Yong rasa filem sebegini perlu sebagai salah satu usaha untuk me”reset” balik tanggapan kita sekarang. Temanya mudah, plot kisah yang ringkas serta dekat dengan jiwa kita.

Pandangan Peribadi : Bisik Pada Langit

Cinematografi Yang Cantik

Seperti biasa kalau namaya arahan Kabir Bhatia sudah tentu cantik sangat view yang dipaparkan. Suasana pantai Tanjung Piai dan juga gunung-gunung lembah Australia mewarnai latar belakang cerita ini. Memang sangat cantik dan mendamaikan.

Lakonan Yang Mantap

Tidak salah rasanya Kak Yong meletakkan kejayaan filem ini adalah hasil daripada lakonan para pelakonnya yang mantap. Watak Jalil Hamid (Wak Rosli), Beto Kushairi dan Ummi Nazeera (Hajar) dan tidak dilupakan Naim Danial yang memegang watak anak bongsu dalam keluarga tersebut. Lakonan yang bersahaja dan penuh dengan emosi.

Pandangan Peribadi : Bisik Pada Langit

Pandangan Peribadi Kak Yong

Kisah seorang anak perempuan yang bertuah hidup dilimpahi kasih sayang yang melimpah ruah. Disayangi dengan sepenuh jiwa. Kisah pengorbanan ayah yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak perempuan kesayangannya. Begitu juga seorang abang yang sanggup berkorban demi adiknya. Walaupun, tanpa sedar ada hati anak-anak yang terasa di atas tindakan tersebut.

Jika you all seorang yang berjiwa sensitif dan hati tisu, banyak plot-plot di dalam filem ini akan membuatkan anda mengalir air mata. Menonton filem ini membuatkan emosi mudah tersentuh. Kepada you all yang pernah merasai kehilangan orang tersayang, mungkin rasa kehilangan itu akan lebih dekat dengan jiwa. Ada juga beberapa plot yang membuatkan air mata Kak Yong bergenang. Walau bagaimanapun, hanya di akhir cerita sahaja menitis jua air mata.

Antara plot-plot yang begitu mencengkam jiwa Kak Yong adalah ketika video kenangan Hajar dimainkan selepas selesai upacara pengebumian dan juga ketika Wak Rosli menyedari di akhir cerita tiada gunanya meletakkan keegoan yang tinggi kepada anak-anak. Kenangan baru harus terus dicipta dengan menghargai mereka yang masih tinggal.

Pandangan Peribadi : Bisik Pada Langit

Pengajaran Cerita Sebenarnya Ditujukan kepada Kita Ibu Bapa

Menonton filem ini memberikan satu jentikan halus kepada Kak Yong. Segalanya adalah ketentuan Allah. Walau bagaimanapun elok pun kita merancang, hanya Allah jua yang sebaik-baik perancangan. Tindak-tanduk kita sebagai ibu bapa kadang-kala tanpa sedar ada membuatkan hati anak-anak lain yang terluka. Ego kita sebagai ibu bapa juga membuatkan kita lupa bahawa anak adalah satu amanah, bukannya hak milik kita. Amanah yang hadir untuk mengajar kita erti tanggungjawab. Tanggungjawab yang harus dilunaskan sehingga kita menutup mata.

 

4 Comments

  1. Arnie September 30, 2017 Reply
    • Azimah October 5, 2017 Reply
  2. sabree hussin October 5, 2017 Reply
    • Azimah October 5, 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge