Omega 3 dan DHA Makanan Untuk Otak

Omega 3 dan DHA makanan untuk otak kerana 60% komposisi otak adalah lemak. Oleh itu, asid lemak yang baik perlu bagi memastikan perkembangan dan fungsi otak berada dalam keadaan terbaik. Otak berfungsi sebagai pusat kawalan bagi semua aktiviti fungsi tubuh badan manakala isyarat yang dihantar ke seluruh sistem tubuh badan dikenali sebagai prostaglandin. Otak dan prostaglandin memerlukan asid lemak Omega 3 yang mengandungi DHA dan EPA sebagai makanan utama bagi memastikan perkembangan intelek serta pertumbuhan manusia.

Omega 3 dan DHA Makanan Untuk Otak

Pernah tengok iklan susu ANMUM yang sel-sel otak perlu bergabung supaya perkembangan intelek si manja berlaku. Sebenarnya sel-sel otak itu dipanggil neurotransmitter. Walau bagaimanapun untuk sel-sel otak bergabung, kehadiran asid lemak Omega 3 yang kaya DHA dan EPA amatlah kritikal dan penting. Ini disebabkan membran sel pada lapisan otak yang sihat membolehkan isyarat neurotransmitter itu bergabung bagi menghasilkan perkembangan otak si manja. Oleh sebab itu kehadiran Omega 3 dan DHA makanan untuk otak yang cerdik bagi perkembangan intelektual.

Mata juga berkait rapat dengan otak. Mata menjalankan fungsi visual yang membolehkan proses pembelajaran berlaku. Retina mata mengandungi kepekatan DHA yang tinggi. Oleh sebab itu, Omega 3 dan DHA EPA penting untuk perkembangan mata serta otak yang sihat.

Pertumbuhan otak bayi adalah paling pesat dalam tiga tahun pertama. Kandungan susu ibu memang lengkap dengan kandungan DHA yang menyokong perkembangan otak bayi. Oleh sebab itu, ibu-ibu menyusukan bayi disarankan mengambil makanan tambahan dan juga diet harian yang tinggi kandungan Omega 3, DHA dan EPA.

Omega 3 dan DHA Makanan Untuk Otak

Istimewa dari Shaklee, Omega Guard merupakan sumber Omega 3 yang lengkap dengan DHA dan juga EPA. Dihasilkan daripada minyak ikan laut dalam yang telah menjalani proses penyulingan berperingkat sebanyak tiga kali yang dijamin selamat serta tiada pencemaran merkuri. Harganya memang agak murah berbanding dengan kualiti minyak ikan yang dihasilkan. Memandangkan yang Omega 3 dan DHA makanan untuk otak, ibu hamil, ibu menyusukan bayi, kanak-kanak serta pelajar elok mengambil Omega Guard sebagai makanan tambahan untuk kecerdasan dan juga perkembangan intelek.

5 Comments

  1. mrhanafi March 20, 2015
  2. arnie March 22, 2015
    • Azimah March 22, 2015
  3. Noriza Rahman March 24, 2015
  4. NFH March 25, 2015