Nutrisi Penting Untuk Pengidap Resdung

Ayah Kak Yong selepas mandi pagi sahaja mesti akan bersin-bersin dengan kerap dan kuatnya. Kadang-kala kalau rumah berhabuk sedikit juga pun akan mulalah maraton bersin di rumah. Kami adik-beradik juga mempunyai hidung yang agak sensitif kepada habuk mahupun bulu-bulu haiwan seperti kucing. Paling mudah orang kata ada jugalah penyakit resdung walaupun tidak sekronik mana. Cuma mild resdung sahaja.

Nutrisi Penting Untuk Pengidap Resdung

Apa itu resdung?

Resdung atau sinusitis adalah keadaan di mana lapisan sinus mengalami keradangan dan pembengkakan. Lapisan sinus di belakang tulang pipi dan dahi yang sihat kebiasaannya mengandungi udara. Manakala, lapisan sinus mereka yang mengidap resdung resdung mengandungi cecair mukus akibat lapisan sinus yang tersumbat yang boleh membawa kepada jangkitan bakteria.

Tanda-tanda gejala resdung

Mereka yang mengidap resdung kebiasaannya akan mengalami gejala seperti :

  • Hidung tersumbat
  • Keluar cecair mukus (hingus) berwarna kuning atau hijau
  • Sakit, bengkak dan juga gatal-gatal di bahagian mata, pipi serta hidung
  • Seringkali mengalami sakit kepala
  • Kurang peka terhadap perubahan bau
  • Sentiasa bersin, selesema serta kadang-kala demam pada suhu yang tinggi
  • Sakit gigi
  • Nafas berbau

Nutrisi Penting Untuk Pengidap Resdung

Punca Kepada Penyakit Resdung

Antara punca-punca yang memacu kepada situasi bersin-bersin, ketidakselesaan pesakit resdung ialah:

  • Alahan kepada habuk, bulu-bulu haiwan serta cuaca yang sejuk
  • Hidung tersumbat akibat daripada saluran hidung menjadi bengkak
  • Merokok
  • Lemah sistem imun

Makanan Yang Perlu Diambil Oleh Pengidap Resdung

Nutrisi Penting Untuk Pengidap Resdung

Amalkan makanan yang tinggi khasiat dan kaya nutrisi sebagai salah satu usaha dalam mengawal penyakit resdung. Antaranya ialah:

  • Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah oren, epal, berries, avokado, bayam, brokoli serta sayuran hijau. Vitamin C membantu dalam melegakan saluran pernafasan daripada tersumbat
  • Tambah cili, halia, cili benggala serta ladi hitam dalam masakan. Makanan pedas membantu dalam memecahkan mukus-mukus di dalam saluran sinus yang tersumbat
  • Makan banyak nenas yang mengandungi agen anti keradangan dalam mengawal penyakit resdung
  • Lebihkan kunyit dan juga bawang putih dalam masakan yang akan membantu dalam mengurangkan keradangan dalam lapisan sinus
  • Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah
  • Makan lebih banyak fiber
  • Lebihkan makan sumber protein seperti ikan, telur serta sumber kekacang yang kaya dengan Omega 3. Omega 3 membantu dalam mengurangkan keradangan
  • Amalkan minum teh hijau dan makanan jenis bersup panas yang membantu melegakan saluran pernafasan

Nutrisi Penting Untuk Pengidap Resdung

Jom Kawal dengan Set Resdung Shaklee

Nutrisi yang mencukupi merupakan kunci utama dalam mengawal penyakit resdung. Penyakit resdung ini kebiasaannya tidak akan hilang. Walau bagaimanapun, ianya mampu dikawal dengan mengamalkan diet pemakanan seimbang. Terdapat juga gabungan produk Shaklee terbaik dalam membantu mengawal penyakit resdung.

  • Sustaine Released Vita-C Plus yang merupakan sumber vitamin C yang dilepaskan setiap 100mg secara berterusan dalam badan selama 5 jam. Vitamin C membantu dalam melegakan masalah hidung tersumbat serta mengurangkan cecair mukus di dalam lapisan sinus
  • Alfalfa Complex pula membantu dalam mengurangkan masalah keradangan dan juga mengurangkan simptom-simptom alahan seprti bersin berpanjangan
  • Garlic Complex pula merupakan sumber bawang putih kaya dengan asiliin yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi dalam melawan pertumbuhan bakteria
  • Vivix adalah sebagai pelengkap kepada Set Basic Resdung Shaklee. Vivix membantu dalam memecahkan mukus-mukus (hingus) di lapisan hidung, sebagai anti-fungal dan antibakteria serta memulihkan sel-sel yang rosak di lapisan sinus.

Cara Mahu Dapatkan Set Resdung Shaklee

Sekiranya you all berminat untuk mendapatkan Set Resdung Shaklee hari ini, boleh terus buat pembelian Set Resdung basin secara Online di sini (klik) atau Set Resdung Premium secara Online di sini (klik). Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Set Resdung akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee (M).

Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian Vivix dan produk Shaklee dari Kak Yong.

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

4 Comments

  1. Noriza Abdul Rahman April 20, 2017
  2. kate April 27, 2017
  3. nurrazali May 4, 2017
  4. Oja Samid May 7, 2017