Nutrisi Penting Untuk Pengidap Asthma

Selain ubat yang diberikan oleh doktor, pengidap asthma juga boleh mengawal penyakit ini melalui sumber makanan yang diambil seharian. Pengidap athma ini sebenarnya bermusim. Jika cuaca sejuk atau udara tidak sihat berjerebu, lagilah mudah kena serangan asthma. Anak Kak Yong, Amani juga pernah terkena jangkitan kuman pada paru-paru iaitu Pneumonia dan Alhamdulillah tidak sampai membawa kepada penyakit asthma. Sebenarnya, terdapat nutrisi penting untuk pengidap asthma yang boleh diamalkan dalam diet harian mereka.

Nutrisi Penting Untuk Pengidap Asthma

Lebihkan makan sayur-sayuran serta buah-buahan segar. Sifat anti radang pada sayur-sayuran mengurangkan keradangan pada paru-paru. Sayuran juga rendah kalori, rendah lemak serta kaya dengan serat. Sayur-sayuran juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin sebagai sumber nutrisi penting untuk pengidap asthma yang membantu mengekalkan kesihatan mereka.

Kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Chest mendapati amalan memakan minyak ikan Omega 3 merupakan salah satu nutrisi penting untuk pengidap asthma. Omega 3 juga membantu mengekalkan kesihatan paru-paru dan saluran pernafasan. Penambahan minyak ikan Omega 3 juga membantu mengurangkan pengecilan saluran pernafasan serta mengurangkan pengambilan ubat-ubatan asthma. Ini penting kerana risiko penggunaan ubat secara berterusan dapat dikurangkan dengan pengambilan Omega 3 dalam diet harian.

Nutrisi Penting Untuk Pengidap Asthma

“An Apple A  Day, Keeps the Doctor Away”. Ungkapan ini memang betul. Makan sebiji epal sehari yang tinggi antioksidan pada bahagian kulitnya serta sumber anti-histamin semulajadi juga membantu mengawal alergi serta serangan asthma. Lebihkan juga sumber vitamin D pada susu, keju, telur serta ikan sebagai sumber nutrisi untuk pengidap asthma juga membantu mengawal serangan asthma. Selain itu, cara paling mudah untuk mendapatkan bekalan vitamin D ialah melalui sinaran cahaya matahari pagi sebelum pukul 10.00 pagi.

Vitamin C juga merupakan salah satu cara untuk mengawal penyakit asthma. Vitamin C yang tinggi antioksidan juga banyak terkandung di dalam cili. Oleh sebab itu, tingkatkan kepedasan dalam menu makanan pengidap asthma yang mana membantu mengawal pengeluaran mukus pada saluran pernafasan penyakit asthma.

Perasan tak, kesemua yang di atas itu sebenarnya berkait rapat dengan amalan pengambilan sumber makanan yang kaya dan lengkap dengan pelbagai vitamin sebagai salah satu cara mengawal serangan penyakit asthma. Oleh sebab itu, Kak Yong suka mencadangkan terdapat supplement yang sesuai untuk diamalkan oleh penyakit asthma ini.

  • Vitalea for Children yang lengkap dengan sumber pelbagai vitamin termasuklah vitamin D untuk kanak-kanak
  • Meal Shake juga merupakan sumber vitamin lengkap dalam bentuk serebuk untuk kanak-kanak jika mempunyai masalah untuk menelan tablet
  • Chewable C sumber vitamin C yang tinggi antioksidan
  • Omega Guard sumber Omega 3 minyak ikan laut dalam tulen yang melalui proses pemeringkatan 3 kali yang selamat digunakan untuk jangka masa panjang. Sesuai untuk pengidap asthma dewasa mahupun kanak-kanak
  • Sustained Released Vita-C Plus sumber vitamin C untuk pengidap asthma dewasa
  • Nutriferon untuk menguatkan sistem imun serta membantu mengurangkan masalah pernafasan

Nutrisi Penting Untuk Pengidap Asthma

 

Nutrisi Penting Untuk Pengidap Asthma

2 Comments

  1. Dr Fattah June 7, 2015
  2. Noriza Rahman June 9, 2015