Nak Kurus Cepat Selepas Bersalin

Ketika mengandung memang sedap sahaja makan apa jua hidangan yang ada depan mata. Azab bermula selepas bersalin apabila berat badan tidak turun ke skala yang diingini. Lepas itu, mulalah search google enjin keyword kurus cepat lepas bersalin. Saya bernasib baik, berat badan ketika mengandung tidak naik berlebih-lebihan. Hanya naik sehingga 13kg sahaja. Walau bagaimanapun, saya nak share shaklee effect tentang bagaimana nak kurus cepat selepas bersalin.

Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang Shaklee

Selepas bersalin, saya memang amalkan Set Bersalin Shaklee/ Set Berpantang Shaklee. Walau bagaimanapun, saya tambah Omega Guard ketika berpantang. Memang amalkan dua biji sehari bermula seminggu selepas bersalinkan Amani. Kalau rasa nak kurus cepat selepas bersalin boleh amalkan Omega Guard. Omega Guard ini merupakan asid lemak Omega 3. Terdapat kajian jika, hendak kurus cepat, banyakkan pengambilan asid lemak Omega 3 dalam diet harian.

Nak Kurus Cepat Selepas Bersalin dengan Omega Guard

Nak Kurus Cepat Selepas Bersalin dengan Omega Guard

Minyak ikan Omega 3 berperanan dalam membakar lemak dalam badan. Ianya juga membantu untuk mengurangkan peratus lemak dalam badan. Apabila mengamalkan Omega Guard, kita akan berasa dahaga yang memerlukan kita minum air dengan banyak. Dan saya memang minum banyak air kerana saya pentingkan kuliti dan jumlah susu badan yang dihasilkan. Apabila perut sudah kenyang dengan air, maka kekerapan mengunyah dan makan makanan dengan portion yang banyak dapat dikurangkan. Apabila kita cukupkan bekalan Omega 3 dalam badan, secara tidak langsung metabolisme akan semakin meningkat. Pembakaran lemak yang tertinggal ketika mengandung akan lebih mudah. Kiranya lemak-lemak yang terpendam akan cair.

tips diet Kevin Zahri tambah Omega 3

tips diet Kevin Zahri tambah Omega 3

Selain itu, apabila mengamalkan penyusuan secara eksklusif, kalori akan terbakar sebanyak 500 kalori setiap kali sesi penyusuan. Tambah lagi dengan Omega Guard, lagi cepat lemak terbakar dan lagi senang hendak turun ke berat badan sebelum bersalin. Berdasarkan pengalaman sendiri, berat badan saya turun sehingga 15kg ketika berpantang selama dua bulan. Shaklee Effect yang lain dengan mengamalkan Omega Guard ketika berpantang ialah badan sentiasa rasa hangat dan berpeluh-peluh. Seperti yang kita tahu, jika berpeluh memang sah sah lemak itu terbakar.

Ini adalah perkongsian tentang pengalaman sendiri selepas bersalin yang memang terbukti berjaya menurunkan berat badan kembali ke asal. Jika anda nak kurus cepat selepas bersalin boleh cuba tambah Omega Guard ketika berpantang.

One Response

  1. Nurul Fazreen Othman October 19, 2014