Mulakan Dengan Sarapan Berkhasiat

Sharing tips dari majalah Pa & Ma tentang mulakan dengan sarapan berkhasiat. Sarapan sebenarnya adalah permulaan yang sangat penting untuk kita sebagai orang dewasa mahupun kanak-kanak. Petikan artikel tentang mulakan dengan sarapan berkhasiat bagi kanak-kanak :

Pagi adalah waktu yang paling mencabar bagi kebanyakan ibu bapa. Bangun pagi, mandi, memakai baju dan sarapan adalah rutin setiap hari sebelum anak dihantar ke taska atau tadika mahu pun duduk di rumah bagi ibu yang tidak bekerja.Memastikan anak kecil anda makan sarapan berkhasiat pada waktu pagi adalah tugas paling mencabar. Biasanya pergerakan mereka sangat perlahan pada waktu pagi. Apa pun keadaannya, anda perlu memastikan si kecil makan pada waktu pagi. Mengapa? 

Sarapan Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

Sarapan Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

Ini kerana pada waktu pagi, kita memerlukan sejumlah kalori supaya dapat terus aktif sepanjang hari. Jika tidak, badan akan menjadi lemah dan tidak bermaya untuk meneruskan aktiviti harian. Kemungkinan anak akan berasa lesu, mengantuk ketika berada di sekolah kerana jumlah kalori yang diperlukan tidak mencukupi. Sarapan atau makan pada waktu pagi disarankan agar keperluan kalori yang menjana tenaga anak dapat disediakan. Tidak perlu makanan yang berat, cukup sekadar snek sebagai alas perut sebelum mengambil makan tengah hari. 

Waktu paling sesuai untuk memperkenalkan anak kepada pola makanan ini adalah ketika anak berusia enam bulan ketika mereka sudah diperkenalkan dengan makanan pejal. Biasakan anak mengambil sarapan pagi sejak awal usia lagi. Misalnya makanan berasaskan bijirin, sayuran, kekacang dan buah-buahan dalam pelbagai bentuk cara masakan. Sebenarnya sarapan pagi sudah mencukupi dengan satu hidangan ringkas tetapi berkhasiat. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu kreatif dalam menyediakan hidangan sarapan berkhasiat untuk anak.

Meal Shake Sarapan Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

Meal Shake Sarapan Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

Sebagai ibu yang bekerja memang saya mengaku tidak sempat untuk menyediakan sarapan yang heavy untuk anak saya Harith. walau bagaimanapun, setiap pagi mesti saya sediakan Secawan Milo dibancuh bersama dengan dua sudu Meal Shake. Ini penting bagi memastikan Harith mendapat segala jenis bekalan vitamin dan mineral untuk kekal fokus dan bertenaga di sekolah. Ianya memang sungguh sesuai untuk ibu yang sibuk macam saya. Anda juga boleh pilih untuk menyediakan sarapan yang sihat untuk anak-anak. Jadi, mulakan langkah dengan sarapan berkhasiat untuk si manja seawal umur setahun lagi.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934