Minyak Ikan Bantu Melegakan Selesema

Kelmarin, Harith tiba-tiba sahaja dijangkiti selesema. Mungkin dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Tambah lagi dengan jadual sekolah yang padat membuatkan badannya letih dan tertekan. keadaan yang sebegitu memudahkan penyakit seperti selesema senang hinggap. Malam sebelum tidur saya suruh dia makan dua biji Omega Guard. Pernah baca some where yang selesema dan minyak ikan ini saling berkait. Minyak ikan bantu melegakan selesema.

Alhamdulillah, bangun pagi dan juga semalam tiada lagi dengar bunyi dia selesema. Kita kena usahakan. Kalau misal kata, selesemanya melarat, saya akan bagi juga ubat selesema. Selesema tidak boleh dibiarkan lama-lama. Nanti terkena jangkitan kuman pada paru-paru pulak. Macam anak saya yang kecil Amani, memang tiap-tiap hari kena makan ubat selesema selepas daripada kena jangkitan pneoumonia ketika berusia 8 bulan.

Omega Guard membakar lemak meningkatkan metabolisme

Omega Guard minyak ikan bantu melegakan selesema

Masalah pada anak dara saya ini, kalau selesema sahaja boleh membawa kepada masalah telinga bernanah dan juga berair. Masuk umur setahun dua bulan sahaja saya cuba bagi minyak ikan Omega Guard sebagai langkah alternatif kepada saya untuk mengurangkan dose ubat selesema. Mana tahu, satu hari nanti saya tak payah bagi ubat selesema kepada Amani. Buat masa sekarang, dose ubat selesema saya dah kurang bagi. Hanya apabila tengok selesema kronik sahaja. Mungkin dalam seminggu sekali sahaja bagi ubat selesema. Lebih kepada Omega Guard 2 ke 3 kali seminggu. Memang dose untuk kanak-kanak setahun Omega Guard seminggu hanya sebiji sahaja. Tetapi, jika anak anda makan lebih badan bayi mungkin berasa pansa dan suhu badan mungkin akan meningkat. Cara untuk mengurangkan simptom tersebut susukan anak dengan kerap dan banyakkan minum air kosong. Ini cara saya mungkin cara anda berlainan dalam menangani masalah selesema anak.

Omega Guard melegakan selesema pada kanak-kanak

Omega Guard melegakan selesema pada kanak-kanak

Kaitan minyak ikan melegakan selesema ialah asid lemak omega 3 membantu untuk meningkatkan fungsi sel phagocytes yang akan melawan sel-sel selesema daripada merebak di dalam badan. Selain itu, ianya juga berfungsi untuk mengurangkan kerengsaan hidung dan sakit tekak ketika selesema. Kajian lain menunjukkan Omega 3 meningkatkan pengaliran udaradan melindungi paru-paru daripada selesema dan jangkitan pernafasan.