MH370 Hilang Di Lautan Hindi

Setelah hampir 17 hari pesawat malang MH370 itu hilang, status terkini yang dikhabarkan oleh PM adalah ianyanya hilang di Lautan Hindi. Memang menyedihkan. Kita sebenarnya masih mengharapkan keajaiban Allah dapat menyelamatkan kesemua penumpang. Namun, perancangan Allah sememangnya paling baik untuk kita.
 
Sebenarnya, hikmah Allah menangguhkan penemuan bukti pesawat MH370 adalah untuk melihat bagaimana hampir semua rakyat Malaysia bersatu mendoakan yang terbaik untuk mereka dengan merintih, berdoa dan merayu mengadakan solat hajat beramai-ramai di serata pelusuk negara. Allah rindu untuk mendengar hambanya merayu, menangis dan meminta kepadaNya.
 
Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 156 :
 
“Orang-orang yag apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya jua kami kembali”
 
Jadi, marilah kita muhasabah diri dan lakukan amalan yang terbaik setiap hari kerana kematian pasti datang menjemput kita tanpa kita sedari dan walau di mana jua. Al Fatihah untuk kesemua saudara kita yang berada di dalam pesawat MH370 dan takziah diucapkan kepada semua waris keluarga.
 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934