Manfaat Tidur Kepada Kesihatan

Rutin harian kita mesti kena tidur. Kak Yong kalau tidak cukup tidur memang kepala akan naik pening-pening di tempat kerja. Sebenarnya tidur yang mencukupi dan berkualiti banyak faedahnya. Ramai orang tidak menyedari manfaat tidur kepada kesihatan.

Manfaat tidur kepada kesihatan yang utama sekali ialah mencegah kita dari pertambahan berat badan. Kurang tidur membuatkan metabolisme badan menurun dan kita akan mudah menjadi gemuk. Mereka yang tidurnya mencukupi dan berkualiti akan mengamalkan pemakanan yang rendah kalori. Secara tidak langsung membantu untuk mengawal pertambahan berat badan yang melampau.

Tidur yang cukup juga membantu meningkatkan focus dan konesntrasi kita dalam menjalani aktiviti harian. Selain itu, kita juga akan sentiasa berada dalam keadaan tenag dan berfikiran positif. Secara tidak langsung manfaat tidur kepada kesihatan menjadikan kita orang yang gembira dan kurang merasa tertekan. Tekanan dalam kehidupan juga akan semakin berkurangan.

Manfaat Tidur Kepada Kesihatan

Selain itu, mereka yang tidurnya tidak mencukup menghadapi risiko untuk mendapat sakit jantung serta serangan stroke. Tubuh badan kita tidak mendapatkan rehat mencukupi untuk menjalankan fungsinya. Metabolisme badan juga akan semakin rendah yang mana boleh membawa kepada penyakit diabetes.

Kepada mereka yang sentiasa demam, mungkin tidur adalah jawapan kepada masalah anda. Manfaat tidur kepada kesihatan juga ianya membantu untuk meningkatkan sistem imun dalam badan. Tidur juga memberikan peluang kepada bahagian hati untuk menjalan fungsi pembuangan toksin. Kurangnya toksin dalam badan, maka sistem pertahanan badan juga akan semakin baik.

Kesimpulannya, manfaat tidur kepada kesihatan amatlah banyak. Kak Yong sendiri jika kurang tidur intreaksi sosial di pejabat juga akan turut terkesan. Produktiviti kerja juga akan terganggu. Sebenarnya, tidur tidaklah perlu lama, tetapi pastikannnya ianya cukup untuk mengecas tenaga dan berkualiti bagi membuatkan sistem tubuh badan kita berfungsi dengan baik seperti sedia kala.

 

 

 

 

 

22 Comments

  1. Hero Borneo March 10, 2015
    • Azimah March 13, 2015
  2. titan March 11, 2015
    • Azimah March 22, 2015
  3. islam di dadaku March 11, 2015
    • Azimah March 13, 2015
  4. Ikhwan Fahmi March 11, 2015
  5. Dr Fattah March 11, 2015
    • Hero Borneo March 11, 2015
      • Azimah March 13, 2015
    • Azimah March 13, 2015
  6. nur razali March 11, 2015
    • Azimah March 13, 2015
  7. adarain March 11, 2015
    • Azimah March 13, 2015
  8. Noriza Rahman March 16, 2015
    • Azimah March 18, 2015
  9. Hafizul March 19, 2015
    • Azimah March 19, 2015
  10. Sani June 3, 2015
    • Azimah June 6, 2015
  11. azlina hamdan July 3, 2015