Makanan Untuk Kuatkan Memori

Rakyat Malaysia memang suka makan. Bagilah apa sahaja, mesti dicuba. lagi-lagi kalau makanan itu ada orang belanja. Mungkin kepada sesiapa yang suka mengunyah dan juga tak pernah skip waktu makan, mungkin boleh amalkan jenis makanan untuk kuatkan memori. Secara ringkas, bagi makanan berkhasiat untuk otak supaya kita lebih fokus, tidak muda lupa dan dapat meyerap segala yang dipelajari dengan lebih baik. Makanan untuk kuatkan memori ini sesuai diamalkan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak.

ikan salmon kaya dengan protein

ikan salmon kaya dengan asid lemak Omega 3

Makan lebih banyak sumber ikan laut dalam seperti ikan salmon, ikan sardin, ikan tuna dan juga ikan kembung mackerel. Ini adalah kerana sumber ikan diperkaya dengan asid lemak Omega 3. Sebanyak 40% daripada bahagian otak kita diperkaya dengan DHA. khasiat DHA ini boleh didapati daripada sumber ikan yang diambil. Dengan mengambil banyak asid lemak Omega 3, risiko mengidap penyakit Alzhemier akan berkurang sehingga 39%. Omega Guard Shaklee adalah sumber alternatif asid lemak Omega 3 yang lengkap dengan DHA, AA dan juga EPA.

brokoli kaya dengan vitamin C

brokoli kaya dengan vitamin C

Makan lebih banyak sayur-sayuran hijau seperti sawi, brokoli, asparagus, bayam dan juga sayur bok choy. Sayuran hijau adalah tinggi antioksidan dan mempunyai khasita karotenoid yang berfungsi untuk melindungi sel-sel otak kita. Antioksidan yang tinggi juga menghalang radikal beas daripada meosakkan sel-sel otak. Sel-sel otak yang sihat secara tidak langsung mernguatkan memori. Sayur-sayuran hijau memang merupakan makanan untuk kuatkan memori. Ibu bapa yang prihatin kenalah didik anak-anak makan sayur daripada kecil.

Makanan Untuk Otak

Makanan Untuk Otak

Siapa yang tidak suka makan coklat bukan. Coklat kaya dengan flavonoid yang mana sejenis antioksidan yang boleh mencegah daripada kerosakan otak. Makan coklat boleh juga mengurangkan tekanan (stress level). Antioksidan memang berkait rapat dalam menjaga kesihatan otak.

Berita baik kepada mereka yang suka makan kari. Kari juga merupakan jenis makanan untuk kuatkan memori. bahan herba aktif curcumin yang terdapat dalam serbuk kari berupaya untuk mencegah selaput sel-sel dalam otak yang boleh membawa kepada penyakit Alzhemier.

Buah Beri Makanan Kuatkan Memori

Buah Beri Makanan Kuatkan Memori

Selain itu, makan banyak buah-buahan jenis berries yang kita tahu tinggi antioksidan. Amalkan makan banyak sumber kekacang, sumber minyak semulajadi dan juga avokado yang kaya dengan vitamin E sebagai pilihan makanan untuk kuatkan memori. Alternatif untuk menguatkan memori melalui supplement boleh juga cuba ambil Set Antioksidan Shaklee yang ada Sustained Release Vita-C Plus, Cotomax dan juga Vita-E Complex.

Sumber Kekacang makanan kuatkan memori

Sumber Kekacang makanan kuatkan memori

Jangan pula lupa untuk minum banyak air kosong kerana setiap sel dalam badan kita perlukan air untuk bertindak balas. Serat seperti roti gandum juga merupakan sumber tenaga glukosa yang baik dalam memberikan tenaga kepada otak dan setiap sel-sel badan untuk berfungsi dengan baik. Diharapkan dengan tips makanan untuk kuatkan memori ini memberikan idea kepada anda untuk mempelbagaikan lagi jenis makanan harian anda.