Makanan Untuk Kecantikan

Tahu tak you all ada beberapa jenis makanan yang kita ambil elok untuk kesihatan kulit. Kak Yong nak kongsi beberapa jenis makanan untuk kecantikan serta kesihatan kulit.

Makanan Untuk Kecantikan

Banyakkan makan telur. Sebab telur adalah sumber protein. Protein adalah makan untuk sel-sel badan kita. Kalau sel-sel kulit cukup makan,  automatik kulit baru yang terhasil setiap 90 hari akan semakin cantik. Jangan lupa yang sel-sel badan kita ini memang akan mati dan diperbaharui setiap 90 hingga 120 hari.

Makanan Untuk Kecantikan

Untung sangat kepada you all yang suka makan tomato. Amalkan tomato sebagai kudapan ringan. Tomato tinggi dengan antioksidan yang membantu membunuh radikal bebas yang membuatkan kulit kita kusam. Selain itu, tomamto juga mencegah kulit kita mengalami sunburn. Haaa adik-adik yang bersekolah tips penting ini untuk kurangkan kesan gelap pada muka akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Makanan Untuk Kecantikan

Menu utama harian boleh pilih ikan berbanding ayam atau daging. Ikan laut dalam macam salmon, ikan merah mahupu ikan tenggiri. Kaya dengan sumber Omega 3  yang membantu membantu dalam melambatkan proses penuaan kulit.

Makanan Untuk Kecantikan

Selain itu, buah delima juga elok untuk kulit. Buah delima ini agak mahal dan sukar juga didapati. Tapi khasiatnya memang terbaik. Membantu menambahkan kolagen dalam badan serta mempercepatkan proses penyembuhan kulit.

Makanan Untuk Kecantikan

Yang paling senang sekali nak cari, banyakkan makan sumber kekacang. Kacang ini sumber asid amino yang membantu memulihkan sel-sel kulit rosak, memperbanyakkan kolagen dalam badan yang menegangkan kulit serta mengurangkan kedutan pada muka.

Sebenarnya, banyak lagi makanan untuk kecantikan. Tips paling penting banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran segar serta minum air kosong. Cara masakan juga elakkan atau kurangkan jenis yang berminyak mahupun berlemak. Kulit kita akan semakin sihat, cerah dan berseri jika kita amalkan pemakan yang sihat dan kurang berlemak.

 

 

2 Comments

  1. Noriza Rahman March 13, 2017
    • Azimah March 13, 2017