Makanan Untuk Diet

Kalau dah namanya sedang diet, memanglah nafsu makan membuak-buak. Semua makanan nampak sedap. lagi-lagi dah dekat nak puasa. Ada sesetengah orang, kononlah time puasa dapat kuruskan badan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Bertambah pula berat badan. Mana taknya, sana sini makanan yang menggoda iman di bazar Ramadhan. Nak kongsi tips sikit makanan untuk diet yang boleh dimakan banyak di samping membantu untuk turunkan berat badan.

Makanan untuk diet yang boleh diambil ialah roti yang diperbuat daripada gandum, buah epal, badam serta sumber kekacang. Makanan jenis ini kaya dengan serat tidak larut. Serat tidak larut ini bertindak seperti penyapu di dalam usus yang penting untuk melancarkan pembuangan bahan perkumuhan keluar dari badan. Selain itu, ia juga memberikan rasa kenyang yang cepat serta dapat mengelakkan you all makan dengan portion yang banyak.

Brokoli-Makanan-Untuk-Diet-Makanan-Untuk-Diet-Tips-Kurus-Pengedar-Shaklee-Shah-Alam-pengedar-Shaklee-Klang-Pengedar-Shaklee-Kota-Kemuning-Pengedar-Shaklee-Bukit-Naga-Jalan-Kebun-Sri-Muda

Brokoli Makanan Untuk Diet

Ubi keledek dan juga brokoli memang kaya dengan pelbagai vitamin. Rasanya yang sedap serta rendah kalori membolehkan makanan untuk diet ini dimakan dalam portion yang banyak tanpa rasa bersalah. Guilty free kata orang.

Ikan salmon dan juga tofu yang kaya dengan protein untuk membentuk otot-otot dari menggeleber dalam proses diet anda. Ianya juga rendah lemak serta kalori. sesuai diambil dalam diet harian mereka yang betul-betul serius nak kurus.

Yogurt dan juga produk tenusu yang kaya dengan kalsium yang boleh juga pemangkin terbaik untuk kurus dengan cepat. Ia juga membantu untuk meninggikan metabolisme badan serta memberikan rasa kenyang dengan segera. Di pasaran pun banyak susu serta yogurt yang rendah lemak serta sedap rasanya.

Susu-Makanan-Untuk-Diet-Makanan-Untuk-Diet-Tips-Kurus-Pengedar-Shaklee-Shah-Alam-pengedar-Shaklee-Klang-Pengedar-Shaklee-Kota-Kemuning-Pengedar-Shaklee-Bukit-Naga-Jalan-Kebun-Sri-Muda

Susu Makanan Untuk Diet

Kalau rasa hendak mengunyah, makanan untuk diet seperti di atas memang elok diambil. Rendah kalori, rendah lemak┬ádan jika diambil dalam jumlah yang banyak tidak akan menaikkan berat badan. mahukan lebih tips untuk menu sihat, klik sahaja di sini ­čÖé

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934