Makanan Pembakar Lemak

Ini adalah tips untuk kurus yang Kak Yong perolehi daripada Majalah Rapi keluaran Ogos 2015. Jika kawan-kawan sedang mengamalkan regim kurus, mungkin pelbagai jenis makanan pembakar lemak ini dapat membantu untuk turunkan berat badan dengan lebih cepat.

Antara makanan pembakar lemak ialah amalkan makanan jenis kekacang seperti kacang soya, lentil dan juga tahu. Ini adalah kerana makanan jenis kekacang meningkatkan metabolisme serta kandungan proteinnya memberikan rasa kenyang lebih lama. Ianya juga membantu untuk mengurangkan peratusan lemak dalam badan. Antara protein kegemaran Kak Yong sudah tentunga ESP Shaklee yang diamalkan setiap hari sebagai makanan pembakar lemak paling mudah dan ringkas.

Makanan Pembakar Lemak

Selain itu, cuka yang mengandungi asid juga membantu untuk menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Selain asid, kepedasan seperti cili juga merupakan makanan pembakar lemak. Ianya membantu meningkatkan metabolisme badan serta membakar kalori dalam badan.

Amalkan juga banyak buah-buahan dan sayur-sayuran hijau yang mempunyai pelbagai kandungan vitamin dan serat yang melancarkan proses penghadaman dalam badan. Sayur dan buah-buahan juga bebas daripada kolesterol serta merupakan agen pembakar lemak yang boleh membantu untuk menurunkan BMI badan dengan cara yang lebih sihat.

Daging tanpa lemak juga merupakan makanan pembakar lemak. Buanglah lemak dan pada ayam, daging serta itik sebelum dimasak. Paling mudah sekali pilihlah dada ayam tanpa kulit kerana menggunakan lebih kalori untuk hadam.

Makanan Pembakar Lemak

Bijirin juga merupakan makanan pembakar lemak yang membantu untuk memelihara kadar insulin dalam badan agar rendah serta meningkatkan metabolisme selepas makan. Walau bagaimanapun, elakkan mengambil bijirin yang telah ditapis kerana ianya membuatkan kadar metabolisme badan menjadi rendah.

Makanan Pembakar Lemak

Yogurt rendah lemak serta buah-buahan sitrus juga merupakan  makanan pembakar lemak. Ianya membantu meningkatkan metabolisme badan serta memecahkan lemak yang berlebihan.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

16 Comments

  1. Noriza Rahman October 3, 2015
    • Azimah October 5, 2015
  2. mommykemai October 3, 2015
    • Azimah October 5, 2015
  3. arnie October 3, 2015
    • Azimah October 5, 2015
      • Oja Samid October 6, 2015
        • Azimah October 6, 2015
  4. ohsempapa October 5, 2015
    • Azimah October 5, 2015
      • ohsempapa October 5, 2015
        • Azimah October 6, 2015
  5. abg jay October 5, 2015
    • Azimah October 6, 2015
  6. Sani October 6, 2015
    • Azimah October 7, 2015