Makanan Elak Sembelit

Beleklah Majalah Rapi keluaran 15 Mei 2014, ada jenis makanan elak sembelit. Ini kaedah secara semulajadi untuk mereka yang ada masalah membuang. Memang kalau tidak membuang dalam jangka masa yang panjang, kita akan mengalami simptom pening kepala, letih dan lesu serta tekanan perasaan kot…apa yang dibuat serba tak kena. Sudahlah toksin berkumpul dalam badan, perut pula rasa tidak selesa. Kalau dibiarkan boleh membawa kepada masalah buasir. Sembelit ini berpunca daripada jangkitan kuman dalam usus seperti gastrik dan diet yang kurang serat.

Antara jenis makanan elak sembelit yang mudah didapati ialah:

  • Amalkan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Ambil sebiji ke dua biji sehari untuk melancarkan proses pembuangan.
  • Lobak merah memang membantu mengubati sakit ketika membuang air, melancarkan aliran haid dan menjaga kulit sentiasa sihat. Ianya boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan jus yang menyegarkan serta dimasukkan dalam pelbagai masakan. Saya memang masukkan lobak merah dalam bubur nasi Amani.
Lobak-Merah-Makanan-Elak-Sembelit-Pengedar-Shaklee-Klang-Pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Pengedar-Shaklee-Kota-Kemuning-Pengedar-Shaklee-Bukit-Naga-jalan-Kebun-Sri-Muda

Lobak Merah Makanan Elak Sembelit

  • Strawberi memang sedap dimakan. Ia juga boleh membantu menyelesaikan masalah sembelit di samping dijadikan kudapan ringan ketika menonton televisyen.
  • Timun yang kaya dengan mineral membantu mengatasi masalah sembelit. Boleh dijadikan ulam-ulaman serta dibuat jus segar. Mengandungi kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin C.
  • Daun kucai yang lengkap dengan vitamin B dan C berfungsi sebangai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus. Elok dimasak sebagai sayuran ataupun masuk dalam cucur udang. Waaaa sedapnya.
  • Buah yang paling glamour untuk mengatasi sembelit of courselah buah betik. Membantu melawaskan perut bagi mereka yang mengahadpi sembelit.
  • Saya memang suka minum air cincau. Tahukah you all, cincau juga mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori. Cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.
Cincau-Makanan-Elak-Sembelit-Pengedar-Shaklee-Klang-Pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Pengedar-Shaklee-Kota-Kemuning-Pengedar-Shaklee-Bukit-Naga-Jalan-kebun-Sri-Muda

Cincau Makanan Elak Sembelit

  • Amalkan makan buah ciku yang telah dihancurkan bersama garam sewaktu makan sarapan pagi dapat memudahkan proses pembuangan air 

Jadi, untuk mereka di luar sana yang memang mempunyai masalah sebelit, boleh cuba amalkan makan buah-buahan dan juga sayura-sayuran yang lebih dalam diet harian. Makanan elak sembelit di atas juga mudah untuk diperolehi dari pasar raya. Mahukan cara alternatif melalui supplement, boleh klik sini.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934