Makanan Cegah Mati Pucuk

Istimewa untuk lelaki, Kak Yong terbaca tips untuk mecegah mati pucuk di dalam majalah Rapi edisi 215 Februari 2015. Orang lelaki ini memang pentingkan ego serta perasaan malu. Ramai yang mengambil langkah berdiam diri apabila menghadapi masalah mati pucuk ini. Tahukah anda yang sebenarnya mati pucuk ini buka suatu penyakit dan boleh diubati. Untuk para lelaki, ini adalah serba sedikit makanan cegah mati pucuk yang boleh diamalkan dalam diet harian.

Makanan Cegah Mati Pucuk

Amalkan bawang putih sebagai makanan cegah mati pucuk. Bawang putih ini sedari dahulu lagi dikenali sebagai makanan pembagkit keinginan seksual. Merupakan pencetus enzeim nitric oxide synthase (NOS) iaitu enzim ereksi bagi lelaki. Dengan mengamalkan bawang putih, ianya mensimulasikan enzim ereksi bagi mereka yang mempunyai paras enzim NOS yang rendah. Paling mudah, amalkan sahaja Garlic Complex yang tidak berbau dan mudah ditelan.

Halia juga menggalakkan peredaran darah bagi lelaki. Selain itu, halia sebagai makanan cegah mati pucuk menstabilkan tekanan darah bagi lelaki serta menggalakan pengaliran darah. elok sebagai salah satu cara memperbaaiki peredaran darah yang lemah bagi lelaki. Peppermint Ginger Shaklee juga ada sebagai alternatif pengambilan halia, di samping membantu membuang angin dalam badan.

Makanan Cegah Mati Pucuk

Paling mudah sekali, amalkan akan buah kurma setiap hari. Ramai yang tahu buah kurma mempunyai seribu satu khasiat. memberikan tenaga tambahan kepada kaum lelaki. Sesuai diamalkan oleh lelaki yang bekerja kasar serta kerap bersenam untuk kekal bertenaga sehingga malam.

Makanan cegah mati pucuk seperti pisang juga membantu lelaki untuk mengalami ereksi lebih lama. ianya juga membantu untuk menguatkan kekuatan otot tersebut.

Makanan Cegah Mati Pucuk

Selain itu, makanan cegah mati pucuk yang lain adalah seperti buah nanas yang sesetngah negara merujuk kepada buah seks, buah strawberi yang juga dikenali sebagi viagra semulajadi, buah tembikai yang mengandungi asid amino untuk melancarkan peredaran darah ke zakar, serta buah kiwi yang membantu meningkatkan tekanan darah ketika hendak beraksi. Semoga dengan perkongsian ini, membuatkan lelaki macho di luar sana lebih gemar makan buah-buahan berbanding makanan merapu yang membantutkan persembahan kalian di malam hari.