Makanan Banyakkan Susu Ibu

Entri hari ini istimewa untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. tentu ibu-ibu gorgeous sentiasa tercari-cari cara bagaimana hendak kekalkan production susu badan. Kak Yong nak kongsi tentang makanan banyakkan susu ibu yang ramai ibu-ibu di luar sana amalkan.

Antara makanan banyakkan susu ibu ialah oat. Oat ini memang mudah dan sesuai dijadikan makanan segera. Lagi satu, ianya mudah sahaja. Hanya perlu dibancuh dengan air panas. Memberikan rasa kenyang lebih lama serta membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Selain itu, ibu-ibu yang mempunyai masalah HB rendah elok juga amalkan oat sebagai makanan banyakkan susu ibu.

Makanan Banyakkan Susu Ibu

Selain itu, halba juga berperanan untuk meningkatkan susu badan. Itupun kalau ibu-ibu boleh telan halba. Rasanya agak kuat juga. Sesuai dibancuh bersama air panas dan diminum begitu sahaja. Kalau rasa susah hendak telan, masukkan sahaja dalam masakan seperti kari dan nasi dagang.

Buah kurma juga membantu sebagai makanan banyakkan susu ibu. Istimewanya kurma ini sesuai dimakan oleh pesakit diabetes kerana kandungan gulanya yang mudah dihadam serta kandungan zat besi yang tinggi. Rasanya juga sedap dan memberikan tenaga yang berpanjangan untuk ibu yang menyusukan bayi.

Kacang soya juga berfungsi sebagai makanan banyakkan susu ibu. Tinggi kandungan protein yang menggalakkan penghasilan susu ibu. Sumber kacang soya boleh didapati dalam makanan seperti tauhu dan juga tempe. Sumber kacang soya Kak Yong sudah tentulah ESP yang merupakan kacang soya Non-GMO yang tidak diubah secara ginetik serta selamat untuk diambil dalam jangka masa panjang. Pengalaman sendiri juga, susu badan banyak dan sesi mengepam juga memberikan hasil yang lumayan.

Makanan Banyakkan Susu Ibu

Kalau rasa-rasa suka makan kudapan, sumber kekacang seperti badam juga menggalakkan pengeluaran susu ibu. Boleh juga cuba rebus longan kering ataupun kurma cina dan minum airnya sebagai salah satu makanan banyakkan susu ibu. Alfalfa juga terkenal sebagai makanan banyakkan susu ibu. Ini adalah kerana kandungan protein dalam alfalfa membantu mengalakkan penghasilan susu ibu memandangkan susu ibu itu sendiri tinggi kandungan proteinnya. Dan pilihan Kak yong sudah tentulah Alfalfa Complex Shaklee.

Amalkan juga minum susu sebanyak dua gelas sehari. Susu tinggi kandungan kalsium yang membantu pengeluaran susu ibu. Kalau rasa-rasa tak suka minum susu, pilih sahaja tablet kalsium yang banyak di pasaran. Tetapi pastikan kalsium bersekali dengan vitamin D untuk penyerapan maskium. Paling mudah bagi kak Yong 4 biji Ostematrix sehari.

Makanan Banyakkan Susu Ibu

Ramai juga ibu-ibu yang amalkan makan halia, lobak putih, habatussauda dan juga pelbagai jenis ulam-ulaman sebagai makanan banyakkan susu ibu. Tetapi sebenarnya, paling utama, ibu-ibu kena suka makanan tersebut. Lagi ibu suka makan, lagi banyak susu yang dihasilkan. Setiap orang milk booster, jenis makanan banyakkan susu ibu adalah berlainan. Selamat mencuba dan berekspermentasi 🙂

Makanan Banyakkan Susu Ibu

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

7 Comments

  1. suri November 24, 2015
    • Azimah December 1, 2015
  2. ohcikgu November 26, 2015
    • Azimah December 1, 2015
  3. Sync November 30, 2015
    • Azimah December 1, 2015
  4. Noriza Rahman March 31, 2016