Makan Secara Sihat Di Hari Raya

Selamat hari raya semua…mesti tengah seronok berkunjung ke rumah saudara mara. Rasa juadah yang enak-enak di hari raya. Biasalah orang melayu memang kaya dengan pelbagai hidangan yang lazat-lazat. Juadah raya yang mesti ada dari lemang, ketupat, rendang, kuah lodeh, nasi dagang, pecel dan juga biskut-biskut raya yang aneka rasa. Memang heavenlah pesta makanan di hari raya. Walau bagaimanapun makan secara sihat di hari raya mestilah sentiasa dititik beratkan. Lagi-lagi nanti pulang ke ibu kota sahaja rally berkunjung ke rumah terbuka mesti termasuk dalam perancangan. Tak usah cakap orang lain, saya sendiri pun dah berderet jemputan rumah terbuka.

lemang-makan-secara-sihat-di-hari-raya-pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Klang-Kota-Kemuning-Jalan-Kebun-Sri-Muda-Bukit-Naga

lemang

Kita kena amalkan makan secara sihat di hari raya kerana pengambilan makanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain meningkatkan risiko kepada penyakit kronik seprti serangan jantung mahupun stroke. Oleh sebab itu, kita kena sentiasa beringat.

Panduan penyediaan makanan sihat di hari raya :

  • kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek. Gunakan setengah atau tiga suku daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa meneydiakan biskut dan kek
  • gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang sudah dibuang kulit
  • kurangkan menyedia makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak
  • gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang atau kuah lontong
  • potong ayam dan daging dalam saiz yang kecil
  • gunakan ramuan yang tinggi serta untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun
  • kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan kuih-muih, kek dan puding.
biskut-raya-makan-secara-sihat-di-hari-raya-pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Klang-Kota-Kemuning-Jalan-Kebun-Sri-Muda-Bukit-Naga

biskut raya

Panduan makan secara sihat di hari raya :

  • makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  • pilih makana yang rendah kalori seprti buah-buahan serta makan kurang minyak, santan dan lemak
  • pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit
  • hadkan pengambilan makanan manis dan berlemak seperti dodol
  • pilih buah-buahan segar sebagai snek dan pencuci mulut
  • hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek
  • minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.

Panduan meraikan tetamu secara sihat di hari raya

  • sediakan makanan dalam saiz yang kecil
  • sediakan air kosong pada setiap waktu makan
  • asingkan gula apabila menghidang kopi atau teh
  • hidangkan pelbagai jenis sayur bersama hidangan utama
  • hidangkan buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci mulut
  • sediakan makanan yang lebih sihat seperti sup berbanding kuah lemak
  • elakkan menghidang asam, jeruk dan gula-gula kepada tetamu semasa hari raya

Sebenarnya pengambilan kalori pada setiap hari perlu dititik beratkan jika anda mahu makan secara sihat di hari raya. Lelaki dewasa perlukan 2,000 kakal/hari manakala wanita pula 1,500 kkal/hari. Oleh sebab itu, anda kena pantau pengambilan kalori anda di hari raya. Antara kiraan kalori bagi hidangan hari raya ialah:

  •  1 ketul ayam masak kuzi 140 kalori
  • 1 mangkuk bihun sup 150 kalori
  • 8 kiub kecil nasi impit / ketupat 80 kalori
  • 1 biji ketuapat palas 130 kalori
  • 1 senduk kuah kacanag 130 kalori
  • 1 mangkuk laksa johor 330 kalori
  • 1 potong kecil lemang 100 kalori
  • 1 mangkuk lontong 260 kalori
  • 1 pinggan lengkap nasi dagang 510 kalori
  • 2 ketul kecil rendang ayam 100 kalori
  • 2 ketul kecil rendang daging 130 kalori
  • 5 cucuk sate ayam 200 kalori
  • 5 cucuk sate daging 190 kalori.
sate-makan-secara-sihat-di-hari-raya-pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Klang-Kota-Kemuning-Jalan-Kebun-Sri-Muda-Bukit-Naga

sate

(Sumber : Kementerian Kesiahatan Malaysia)

Semoga dengan tips kalori juada raya ini membolehkan anda merancang untuk makan secara sihat di hari raya.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934