Kitaran Haid Tidak Normal

Sempena dengan Promosi Gla Bulan Ogos Beli 6 Percuma 1, saya nak bercerita tentang kitaran haid tidak normal. Tahukah anda tempoh kitaran haid yang normal adalah 25 hingga 35 hari yang dikira dari hari pertama haid sehingga bermula haid yang seterusnya. Jika tempoh haid anda tetap setiap bulan namun melebihi 35 hari sebagai contoh haid setiap dua bulan sekali, ianya masih dianggap sebagai kitaran haid tidak normal.

PROMO GLA COMPLEX BUY 6 FREE 1

PROMO GLA COMPLEX BUY 6 FREE 1

Secara purata wanita akan didatangi haid selama 3 hingga 7 hari bagi tempoh 30 hari atau lebih. Dan kuantiti darah yang turun adalah sebanyak 4 hingga 12 sudu bergantung kepada setiap individu. Anak gadis yang baru sahaja mencapai akil baligh akan didatangi haid secara tidak teratus sehinggalah mencapai kestabilan kitaran dalam satu tempoh masa. Selepas fasa itu, jika masih lagi kitaran haid berubah-ubah, bercelaru tidak tentu masa, pendarahan yang terlau banyak, pendarahan yang terlalu sedikit atau pun turun darah yang meleret-leret ini menandakan anda mengalami masalah kitaran haid tidak teratur. Selain itu, jika sebelum ini tidak pernah didatangi sindrom PMS tiba-tiba sahaja mengalami kekejangan otot perut, pening kepala dan loya-loya, ini juga memberi maksud kitaran haid tidak teratur.

GLA Complex membantu menstabilkan kitaran haid tidak normal

GLA Complex membantu menstabilkan kitaran haid tidak normal

Antara punca-punca kenapa terjadinya kitaran haid tidak teratur ialah:

  • Mengandung. Ketika mengandung paras hormon dalam badan akan berubah da menyebabkan kitaran haid berhenti. Kadangkala, wanita yang masih pada fasa awal mengandung akan mengalami darah haid yang sedikit atau kitaran haid yang lewat daripada kebiasaan
  • Tekanan. Bila anda tertekan gangguan hormon akan berlaku. Hormon kortisol (tekanan) yang terlalu banyak dalam badan akan menyebabkan kitaran haid anda turut berubah
  • Diet pemakanan. Jika anda menjadi terlalu gemuk atau melakukan diet yang ekstrem untuk menurunkan berat badan, tubuh badan akan bertindak balas dengan menghasilkan paras hormon yang berlainan dalam badan.
  • Senaman yang ekstrem juga mengganggu kitaran haid yang disebabkan oleh pembakaran lemak yang berlebihan menyebabkan kekurangan tenaga untuk melakukan proses menstruasi
  • Pengambilan pil perancang juga menganggu kestabilan hormon
  • Minum terlalu banyak alkohol ataupun wanita yang merokok
  • Wanita yang mengalami fasa menopause
GLA Complex lengkap dengan Vitamin E Mengurangkan Gejala Menopause

GLA Complex lengkap dengan Vitamin E Mengurangkan Gejala Menopause

  • Mereka yang mengambil ubat-ubatan secara berkala
  • PCOS. Yang mana pembentukan cyst akan mengganggu proses ovulasi yang secara tidak langsung menjadikan kitaran haid tidak normal.

Kebanyakan masalah kitaran haid tidak normal ini adalah berpunca daripada sistem hormon yang tidak stabil. Bagaimana GLA Complex boleh membantu untuk stabilkan hormon anda?

Dalam GLA Complex terdapatnya Gamma Linolenic Acid yang  penting untuk penghasilan enzim prostaglandin dalam badan. Prostaglandin ini penting kerana ianya merupakan tindak balas kimia yang berlaku di setiap sel-sel badan apabila tubuh mengalami kecederaan, melawan penyakit mahupun ketidakstabilan hormon. Ada pelbagai jenis prostaglandin. Antaranya thrombozane dan prostacyclin yang mengawal proses aliran darah yang disebabkan oleh kecederaan mahupun mengawal penyakit.

Bagi prostagladin yang digunakan untuk mengawal selia hormon, ianya membantu dari segi untuk menstabilkan hormon estrogen dan juga testeron dalam badan, menjaga sistem pembiakan wanita, membantu kestabilan kitaran haid tidak normal dengan mengawal proses ovulasi serta jika diambil oleh wanita mengandung boleh mencetuskan kelahiran bayi pra matang. So preggie mommies a big NO for GLA Complex!

GLA Complex untuk kestabilan hormon dan kesuburan

GLA Complex untuk kestabilan hormon dan kesuburan

Tahukah anda bahawa jangka hayat prostaglandin adalah cukup singkat. Dan ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan. Oleh sebab itu, dengan pengambilan GLA Complex yang mengandungi asid linolenik boleh membantu untuk menghasilkan prostaglandin yang mencukup untuk kestabilan hormon dan juga fungsi badan. Sesuai diambil untuk, lelaki, perempuan mahupun remaja.

No Responses