Khasiat Dalam Sebiji Telur

Anak-anak Kak Yong suka betul makan telur mata. Dalam seminggu mesti adalah menu berlaukkan telur. Sebenarnya mitos sahaja yang cakap tidak elok makan telur. Telur sebenarnya kaya dengan khasiat. Sehari maksima boleh makan sehingga tiga biji telur. Khasiat dalam sebiji telur memang superb.

Telur memang terkenal dengan sumber protein untuk tumbesaran. Dalam protein ada asid amino yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan sel. Kak Yong baru tahu yang istimewanya khasiat dalam sebiji telur, asid amino yang Allah hadiahkan kita adalah dalam nisbah dan juga sebatian yang memang sempurna untuk pertumbuhan sel badan kita. Jadi, jangan takut untuk makan telur sebagai sumber asid amino harian kita.

Terdapat pelbagai jenis vitamin B, vitamin A, folate, fosforus, vitam D, vitamin K, vitamin E dan juga selenium antara khasiat dalam sebiji telur. Vitamin semulajadi ini merupakan lemak sihat yang elok dimakan sehari-hari. Walaupun orang kata telur tinggi kolesterol, namun telur tidak menyumbang kepada peningkatan tahap kolesterol dalam darah. Telur sebenarnya lebih menyumbang kepada tahap kolestrol baik dalam darah. Nak rendahkan kolesterol jahat secara semulajadi, elok juga makan telur hari-hari.

Khasiat Dalam Sebiji Telur

Khasiat dalam sebiji telur juga membantu menguatkan ingatan dengan kehadiran kolina yang penting dalam menjaga saraf otak. Telur juga lengkap dengan lutein yang menolong menjaga kesihatan mata. Kepada mereka yang hendak menguruskan badan, telur juga rendah kalori yang boleh membantu menurunkan berat badan dengan lebih efektif lagi.

Oleh sebab itu, rasanya tak salah Kak yong selitkan telur dalam menu masakan anak-anak. Walaupun begitu, kena jugalah besederhana dalam pengambilan telur, takut terlebih ambil membawa kepada pembuangan angin (gas) yang semerbak baunya. Dalam erti kata lain takut, kentut bau telur pula.

2 Comments

  1. Noriza Rahman March 3, 2015
    • Azimah March 3, 2015