Khasiat B Complex

Antara vitamin yang perlu diambil hari-hari ialah B Complex. B Complex adalah vitamin larut air yang tidak boleh disimpan lama dalam badan serta perlu diambil setiap hari bagi menggantikannya. Ramai juga yang tidak mahu amalkan B Complex kerana membuatkan selera makan mereka bertambah katanya. Tetapi, sebenarnya, B Complex adalah pembakar kalori serta agen meningkatkan metabolisme badan paling bagus. Selain itu, banyak lagi khasiat B Complex yang tidak diketahui oleh ramai orang.

Antara khasiat B complex ialah untuk menghasilkan tenaga kepada badan. Kehadiran vitamin B1, B7 dan B6 sebagai pemangkin meningkatkan metabolisme badan serta mencernakan makanan yang diambil kepada tenaga. Kekurangan ketiga-tiga vitamin ini akan mengakibatkan seseorang itu letih, lemah serta mudah marah. Kepada mereka yang rasa cepat hendak naik baran, B Complex memang membantu dalam mengawal sifat kemarahan.

Vitamin B6 juga merangsang kepada perembesan jus gastrik untuk kesihatan sistem pencernaan. Sistem pencernaan yang sihat membolehkan lebih banyak vitamin dan khasiat makanan diserap ke dalam darah dan diangkut ke seluruh sistem badan.

Khasiat B Complex

Kepada mereka yang mahu minda yang cergas, pengambilan B Complex dapat membantu meningkatkan fungsi sistem saraf dan juga neurotransmitter otak. Itu sebabnya, cikgu Kak Yong dulu selalu ingatkan amalkan B Complex setiap hari. Sesuai diambil oleh pelajar sekolah bagi membantu lebih fokus serta menguatkan daya ingatan. Khasiat B Complex juga meneutralkan tahap homocysteine yang sebenarnya bertindak sebagai toksik dalam mengurangkan fokus dan fungsi otak. Untuk sel-sel otak yang lebih sihat, B Complex adalah pilihan Kak Yong.

Selain itu, khasiat B Complex juga sinonim sebagai salah satu vitamin untuk kecantikan. Mahukan kulit, rambut dan kuku yang sihat dan cantik amalkan vitamin B Complex. Kekurangan B Complex menjadikan kulit kusam, tona tidak sekata, kuku rapuh serta rambut berkelemumur dan juga kurang sihat.

Khasiat B Complex

Khasiat B Complex untuk ibu hamil juga tidak dapat disangkal lagi. Kehadiran asid folik penting diambil seawal dua bulan sebelum merancang untuk hamil bagi menjamin kesihatan saraf bayi dalam kandungan. Kehadiran B Complex yangmencukupi juga boleh emngelakkan proses alahan yang teruk pada fasa awal-awal kehamilan.

Khasiat B Complex yang lain juga melawan radikal bebas yang boleh membawa kepada penyakit kanser, mencegah kepada penyakit batu karang, mengurangkan simptom pra haid, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dan juga memperbaiki sel-sel badan.

2 Comments

  1. Rahimah March 31, 2015
  2. Noriza Rahman April 7, 2015