Kesan Pengambilan Gula Putih Secara Berlebihan

Kak Yong pasti you all mesti dalam mood raya lagi. Kuih-muih dan lauk pauk musim-musin raya ini banyak yang manis-manis, masin-masin dan menggoda sungguh. Memang kena kuatkan iman untuk tidak menjamah kesemuanya. Kena selalu ingatkan diri Kak Yong yang manis, masin dan lemak apabila diambil secara berlebihan boleh memudaratkan kita dalam jangka masa panjang.

Manis gula memanglah sedap. Tambah-tambah lagi kalau air sirap atau air oren sejuk ketika cuaca panas. Gula bukan sahaja ditambah dalam makanan dan minuman kita seharian. Tahukah you all yang ada banyak juga gula semulajadi yang tersembunyi dalam makanan kita seperti nasi dan buah-buahan.

Kesan Pengambilan Gula Putih Secara Berlebihan

Keperluan gula bagi lelaki dewasa adalah sebanyak 9 sudu teh sehari manakala wanita dewasa 6 sudu teh sehari. Bayangkan berapa banyak gulalah yang masuk dalam badan kita kalau tidak dikawal. Lebih banyak gula membawa kesan buruk kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Gula Merosakkan Gigi

Dengan menambah gula dalam makanan sebenarnya tiada penambahan khasiat vitamin dan nutrisi di dalam makanan you all. Cuma hanya bertambah sedap serta meningkatkan kalori dalam makanan. Gula yang banyak juga boleh membawa kepada kerosakan gigi yang teruk.

Kesan Pengambilan Gula Putih Secara Berlebihan

Gula Belebihan Punca Kepada Rintangan Insulin Yang Membawa Kepada Penyakit Diabetes

Insulin merupakan hormon penting dalam badan yang melakukan proses pembakaran gula kepada tenaga. Terlampau banyak gula menjadikan hormon insulin tidak bertindak balas dengan baik. Proses rintangan insulin ini menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kritikal seperti diabetes Type 2 dan juga penyakit jantung.

Gula Juga Boleh membawa Kepada Penyakit Kanser

Zaman sekarang punca kepada penyakit kanser masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, para saintis di Barat berpendapat hormon insulin yang tidak berfungsi dengan baik juga menjadi punca kepada penyakit kanser. Kak Yong juga pernah dengan orang berkata-kata kalau kita sudah menghidap kanser paling utama sekali jauhkan diri daripada gula bagi mengelakkan kanser berulang kembali.

Kesan Pengambilan Gula Putih Secara Berlebihan

Gula membawa Kepada Kegemukan

Gula yang berlebihan membawa punca kepada masalah kegemukan. Kebanyakan makanan yang diambil jenis yang tinggi kalori. Selain berat badan bertambah, lemak perut yang boleh membawa kepada masalah jantung juga semakin turut bertambah. Masalah obesiti di kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak kebanyakan berpunca daripada pengambilan makanan yang tinggi gula.

Gula Sebenarnya Musuh Dalam Selimut kepada Penyakit Jantung

Sebenarnya bukan lemak yang membawa kepada serangan jantung. Kesan pengambilan makanan manis membawa kepada penyumbatan salur darah di dalam arteri yang boleh membawa kepada serangan jantung. Gula juga meninggikan tahap kolesterol dalam badan. Apabila ini terjadi, risiko penyakit jantung juga turut meningkat.

Gula Berlebihan Membawa Kepada Penyakit Hati

Pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan organ hati kita terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi. Penghasilan lemak yang ditukarkan daripada gula secara berlebihan menjadikan organ hati tidak dapat berfungsi dengan baik. Tidak semua lemak dapat dikeluarkan bagi menjalani proses kimia tubuh. lemak-lemak yang terpendam akan mengelilingi organ hati sehingga membuatkan organ tersebut rosak.

Kesan Pengambilan Gula Putih Secara Berlebihan

Manis memang sedap. Tetapi kenalah dikawal pengambilannya supaya tidak memudaratkan kesihatan. Punca segala penyakit kritikal adalah gula. Oleh sebab itu, berpada-padalah dalam mengambil makanan manis. Kak Yong pun suka makanan dan minuman manis. Teh ais is may favourite tapi kena kurangkan pengambilan supaya diri sentiasa sihat dan fit.

*DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

One Response

  1. Arnie July 5, 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge