Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Hamil

Vitamin C penting untuk memastikan tubuh badan kita sihat, kuat dan bebas penyakit. Selain itu, vitamin C juga memang terkenal sebagai salah satu vitamin untuk kecantikan. Walau bagaimanapun kepentingan vitamin C untuk ibu hamil juga tidak dapat dinafikan lagi.

Vitamin C ini merupakan salah satu vitamin wajib yang ada dalam Set Mengandung Shaklee. Sustained Released Vita-C Plus ini memang popular dan terbaik kerana menggunakan teknologi pelepasan mengikut masa 100g vitamin C setiap jam selama 5 jam dengan hanya satu tablet sahaja. Harga pun cukup murah dengan hanya RM 92.50 untuk 180 biji. Kak yong wajib ambil 2 biji sehari untuk maintain comel ketika hamil.

Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Hamil

Antara kepentingan vitamin C untuk ibu hamil ialah membantu untuk menyingkirkan toksin dari badan. Ini juga menolong untuk menyediakan kawasan plasenta yang sihat untuk perkembangan bayi. Oleh sebab itu, bayi akan membesar dengan lebih sihat.

Selain itu, vitamin C juga terkenal sebagai pemangkin terbaik untuk menyerap zat besi dalam makanan. Dengan kehadiran zat besi yang mencukupi, masalah HB rendah serta anemia di kalangan ibu hamil dapat dielakkan.

Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Hamil

Kepada mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tidak normal, salah satu kepentingan vitamin C untuk ibu hamil ialah membantu untuk menstabilkan masalah tekanan darah rendah atau tinggi. Amalkan vitamin C yang mencukupi untuk keperluan harian, In Shaa Allah dapat membantu menstabilkan tekanan darah ibu hamil.

Untuk bayi dalam kandungan pula, kehadiran vitamin C membantu pertumbuhan anggota badan, sel, tulang serta gigi yang kuat untuk perkembangan bayi. Oleh sebab itu, bayi yang dilahirkan dengan cukup vitamin C jarang dihinggapi penyakit. Selain itu, pertumbuhan berat badan bayi dalam kandungan juga akan sentiasa berada dalam keadaan normal dan sihat.

Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Hamil

Paling utama sekali, kepentingan vitamin C untuk ibu hamil ialah mengekalkan antibodi yang sihat untuk ibu mahupun bayi dalam kandungan. Kak Yong pasti ramai yang tahu, ibu hamil tidak boleh makan ubat sebarangan. Oleh sebab itu, pengambilan vitamin C yang mencukupi membantu untuk menghalang diri daripanada terkena penyakit penyakit.