Kepentingan Toner

Ramai yang tanya Kak Yong perlukah mengenakan toner pada muka. Bagi kak Yong jawapannya terpulang kepada individu tersebut. Sebenarnya toner bukan satu kemestian, tetapi banyak faedahnya kepada kecantikan wajah. Kak Yong hendak kongsi kepentingan toner kepada mereka yang masih tercari-cari jawapan serta berbelah bagi hendak pakai toner atau tidak.

Toner adalah satu kemestian kepada mereka yang kulit berminyak serta jerawat. Antara kepentingan toner yang paling utama ialah menyeimbangkan kembali PH kulit selepas proses mencuci muka. Ketika mencuci muka, PH kulit akan meningkat sedikit. Dengan menggunakan toner PH kulit akan kembali seimbang. Itu sebab kuit berminyak dan berjerawat perlukan toner untuk mengembalikan kelembapan serta PH seimbang kulit.

Kepentingan Toner

Kita tinggal dalam iklim khatulistiwa cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Kulit muka dalam cuaca panas mesti mengenakan toner. Kepentingan toner ialah mengembalikan kelembapan, kesegaran serta menjadikan kulit lebih kecil.

Dengan menggunakan toner juga, pori-pori pada kulit muka akan dapat dikecilkan. Penggunaan toner secara konsisten membantu memberikan lapisan perlindungan tambahan pada kulit muka, mengurangkan kesan kotoran serta pencemaran alam sekitar pada kulit muka. Ini adalah salah satu kepentingan toner yang tidak dapat disangkal lagi. Kata kuncinya bagi kak Yong ialah konsisten. Dan mestilah mempunyai tahap kerajinan yang terbaik untuk mengenakan toner hari-hari.

Untuk memilih toner terbaik, anda perlu mengetahui asas yang ada dalam toner tersebut. Terdapat tiga jenis asas toner yang ada di pasaran.

  • Yang berasaskan alkohol yang perlu dielakkan kerana membuatkan kulit berasa pedih dan merengsa,
  • Toner berasaskan air dan gliserin (minyak wangi) yang bertindak seperti kolon minyak wangi yang boleh menimbulkan alahan pada muka, dan
  • Yang terakhir sekali yang berasaskan air yang diformulakan oleh ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi yang bertindak lembut pada kulit.

Kepentingan Toner

Toner kegunaan Kak Yong sehari-hari sudah tentulah daripada Shaklee, Soothing Radiance Whitening Softener. Memang berasaskan air serta diekstrak daripada sumber tumbuhan semulajadi untuk kesegaran dan kecantikan kulit bagi jangka masa panjang. Diformulasikan daripada teknologi Jepun dan juga US. Kualiti standing jenama terkenal di pasaran. Selamat serta tidak merengsakan. Sesuai untuk kulit sensitif.

6 Comments

  1. noriza rahman February 10, 2015
    • Azimah February 11, 2015
  2. adarain February 10, 2015
    • Azimah February 11, 2015
  3. Hafizul February 11, 2015
    • Azimah February 11, 2015