Kepentingan Supplement

Ramai orang di luar sana yang mengabaikan pengambilan supplement dalam diet harian. Dan ada pula yang hanya mencari supplement apabila sudah dihinggapi pelbagai penyakit. Sebenarnya, supplement bukan untuk mengubati tetapi ianya berfungsi untuk mencegah penyakit. Sebenarnya, ramai juga yang kurang tahu tentang kepentingan supplement kepada kita.

Antara kepentingan supplement yang paling utama ialah memelihara kesihatan tubuh badan kita. Sejujurnya, Kak Yong akui tidak boleh mengambil kesemua jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan dalam diet harian. Oleh sebab itu, pengambilan supplement membantu Kak Yong untuk menampung kekurangan vitamin dan mineral seharian. Apabila cukup vitamin yang diperlukan oleh badan barulah organ dan sistem tubuh badan akan berfungsi dengan baik.

Kepentingan Supplement

Selain itu, ada juga supplement yang membantu untuk melambatkan proses penuaan serta kemerosotan otot dan organ badan. Sebagai contoh, dengan pengambilan kalsium yang lengkap dengan vitamin D maka kerapuhan serta kehilangan jisim tulang dapat dielakkan. Magnesium pula berfungsi untuk mencegah diabetes serta memastikan tekanan darah berada pada paras normal. Vitamin yang kaya antioksidan seperti vitamin A, C dan E juga boleh melawan radikal bebas serta mengelakkan penuaan kulit muka. Ini juga merupakan kepentingan supplement yang jarang diambil kisah oleh orang ramai.

Kepentingan supplement yang lain ialah dengan mengambil vitamin antioksidan yang tinggi juga berupaya untuk mencegah kanser. Selain itu, vitamin, mineral dan serat yang diambil setiap hari boleh memelihara kesihatan usus serta menyingkirkan toksin-toksin dalam badan dengan lebih efektif lagi.

Kepentingan supplement untuk ibu hamil juga tidak dapat dinafikan lagi. Supplement diperlukan untuk kesihatan ibu serta perkembangan janin dalam kandungan. Bukanketika hamil sahaja kita perlukan supplement. Kepentingan supplement dalam kehidupan seharian juga membantu memberikan tenaga tambahan, mengurangkan tekanan emosi mahupun fizikal, meningkatkan fungsi tubuh badan seperti otak dan organ, dan juga mencegah pelbagai penyakit.


Kepentingan Supplement

Walau bagaimanapun, pengambilan supplement hanyalah salah satu cara Kak Yong berusaha untuk menjaga kesihatan seisi keluarga. Jika jatuh sakit, itu adalah takdir daripada Allah. Sesungguhnya Kak Yong hanya merancang, berusaha yang menetukan hanyalah Allah yang Maha Esa.