Kepentingan Nutrisi Pada Kanak-kanak

Ramai ibu bapa mempunyai masalah dalam pemakanan anak-anak. Ada yang susah makan, banyak makan, memilih makan, yang tak nak makan pun ada juga asyik minta buatkan susu sahaja. Hai….macam-macam ragamkan! Makanan berkhasiat dan penuh nutrisi amatlah penting untuk kanak-kanak tetapi ramai ibu bapa frust dan gagal untuk menyediakan khasiat terbaik untuk mereka.  Sebenarnya makanan yang cukup dengan vitamin dan mineral amat penting untuk kanak-kanak dari lahir sehinggalah menginjak ke dewasa. Antara kepentingan nutrisi kepada kanak-kanak ialah:
Untuk perkembangan tulang dan otot
Sejak lahir sehinggalah usia 5 tahun, anak-anak sentiasa mengalami perkembangan tubuh badan dengan cepat. Bermula dari merangkak, berjalan, berlari sehinggalah bermain. Ini semua memerlukan mereka untuk menggunakan tulang dan otot dengan banyak. Jika kekurangan nutrisi, tulang mereka akan mudah patah serta otot juga akan tercedera. Kalsium dari susu, keju dan yogurt dapat membantu dalam menguatkan tulang dan tumbesaran. Manakala, protein dari telur atau kekacang memantapkan perkembangan otot bagi mengelakkan kecederaan ketika mereka berlari dan bermain.
Mengelakkan kekurangan penyakit nutrisi
Dahulu sering kita dengan ramai kanak-kanak mengidap penyakit kekurangan zat nutrisi seperti penyakit riket dan skurvi. Sekarang, amat jarang sekali kita dengar. Ini adalah kerana ibu bapa moden telah mendapat pendedahan yang banyak tentang kepetingan nutrisi pada kanak-kanak. Jadi amatlah penting untuk mereka makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta memenuhi jadual piramid makanan yang disyorkan untuk membesar dengan sihat dan riang.
Mengurangkan masalah obesiti  di kalangan kanak-kanak
Dengan memberikan lebih banyak makanan berkhasiat berbanding dengan makanan ringan dapat membantu mengelakkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Makanan segera seperti Mc Donald atau KFC serta minuman bekarbonat juga perlu dielakkan kerana ianya mempunyai kandungan lemak, garam dan gula yang berlebihan. Dengan makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan kandungan gula berlebihan dalam makanan dapat dielakkan.
Meningkatkan Penumpuan Pembelajaran
Tahukah ibu-ibu yang tahap penumpuan anak-anak adalah berkait rapat dengan amalan pemakanan harian mereka. Sebagai contoh, anak yang mengambil sarapan pagi berkhasiat lebih memberikan tumpuan di dalam kelas berbanding dengan mereka yang tidak bersarapan.  Pastikan sarapan itu lengkap dengan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh mereka. 
Kami, di Shaklee ada juga supplement tambahan untuk kanak-kanak yang boleh diamalkan seawal setahun lagi. Jangan segan-segan hubungi saya untuk mengetahui yang mana paling sesuai untuk si manja. Mulakan dari awal demi pelaburan masa hadapan.
 Sumber : livestrong.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934