Kepentingan Detox

Jika sering keletihan, mempunyai masalah kulit, pernafasan berbau, sakit-sakit badan serta kesukaran untuk membuang air besar itu tandanya badan anda penuh dengan toksin. Cara nak buang toksin ini dengan melakukan proses detoksfikasi pada badan. Ramai orang ambil mudah tentang kepentingan detox bagi mengekalkan tahap kesihatan terbaik kita.

Kepentingan Detox

Kepentingan detox yang paling utama ialah meningkat tenaga dalam badan. Semasa proses detoksfikasi kita akan kurangkan pengambilan garam, gula dan lemak dalam badan. Lebihkan serat dalam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana secara tidak langsung membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi.

Dengan detoksfikasi juga kita akan membuang segala jenis toksin dalam badan. Memang itu pun tujuan utama serta kepentingan detox. Toksin pada organ-organ seperti hati, usus dan juga buah pinggang akan disingkirkan. Ini akan meningkatkan kembali fungsi organ-organ tersebut untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih bagus lagi.

Yang paling best sudah tentu kepentingan detox secara tidak langsung membantu mengurangkan berat badan. Kepada mereka yang baru mula hendak berdiet, perlu melakukan proses detoksfikasi bagi membiasakan tubuh badan dengan keperluan diet yang baru ini. Untuk wanita mahupun lelaki yang hendak cantik, kepentingan detox untuk memberikan hasil kulit yang flawless memang tidak dinafikan lagi. Kulit yang cantik tanpa jerawat menandakan kurangnya toksin dalam badan. Selain itu, sistem pernafasan juga akan kembali tip-top selepas proses detox.

kepentingan detox

Antara cara semulajadi yang boleh dilakukan untuk proses detoksfikasi ialah :

  • Kurangkan garam, gula dan lemak dalam makanan
  • Lebihkan serat dalam buah-buahn dan sayur-sayuran
  • Minum banyak air kosong sehingga 2.5 liter sehari
  • Tarik nafas melalui hidung tahan 30 saat dan hembuskan melalui mulut untuk meningkatkan bekalan oksigen dalam darah
  • Ambil bekalan vitamin C harian
  • Hentikan tabiat merokok dan juga mengambil minuman bergas serta beralkohol
  • Amalkan senaman atau sauna untuk singkirkan toksin melalui peluh
  • Paling utama kekal positif serta jauh tekanan.

Antara cara detox dengan Shaklee :

  • Herblax yang merupakan cara mudah untuk detox bahagian usus kita. Membantu mengatasi masalah sembelit serta membersihkan usus dari najis-najis yang tersekat. Usus yang sihat membantu mengelakkan daripada kanser kolon yang kebiasaannya hanya dapat dikesan setelah penyakit itu kronik sahaja.

kepentingan detox

  • Alfalfa Complex juga merupakan tumbuhan herba yang membantu menyingkirkan toksin serta asid-asid yang berlebihan dalam darah kita. Sudah digunakan sejak dalam zaman perubatan Ayurveda sebagai amalan tradisonal dalam penjagaan kesihatan.
  • Vivix yang merupakan revolusi terbaik Shaklee sebagai agen detosfikasi. Menyingkirkan toksin dalam badan serta memperbaiki sel-sel badan supaya kekal awet muda dan sihat.