Kenapa Suka Sangat Dengan Pencuci Muka Nutriwhite

Satu tiub tahan sehingga 8 bulan ke setahun? Betul ke? Ini pengalaman Kak Yong sendiri yang menggunakan pencuci muka Nutriwhite Gentle Foaming Cleanser. Memang suka sangat guna. Sesiapa yang sudah mencuba pencuci muka Nutriwhite Shaklee, memang takkan bertukar ke produk lain. Tetapi suka diingatkan harganya agak mahal juga, sementelah kualitinya memang setanding dengan jenama SK*. Kak Yong nak kongsi kenapa suka sangat dengan pencuci muka Nutriwhite Shaklee.

Paling utama sekali, kita cuma perlu picit sedikit sahaja, buih pencuci muka yang dihasilkan amatlah banyak. Kak Yong guna dalam lebih kurang separuh duit 5 sen itu. Bukan kedekut, tapi itupun macam terlebih hendak disapukan ke muka.

Kenapa Suka Sangat Dengan Pencuci Muka Nutriwhite

Selain itu, kenapa suka sangat dengan pencuci muka Nutriwhite Shaklee ialah buihnya yang halus. Untuk memilih pencuci muka yang bagus, buih-buih yang dihasilkan mestilah halus bagi memberikan kesan pencucian yang ketara. Sisa-sisa kotoran pada liang roma akan mudah ditanggalkan disebabkan buih yang halus itu.

Selepas mencuci muka, Kak Yong mesti perasan muka akan rasa segar dan rasa bersih sangat. Ini juga kenapa suka sangat dengan pencuci muka Nutriwhite Shaklee. Kesan bersih itu akan terasa pada pencucian muka kali pertama lagi. Kiranya, kak yong tak perlu tunggu lama untuk rasa yakin dengan kesan penggunaan pencuci muka Nutriwhite Shaklee ini. Penggunaan secara konsisten membantu mencerahkan kulit serta mengurangkan kulit kusam.

Kepada mereka yang ada bintik-bintik hitam atau putih serta jewarat-jerawat kecil, penggunaan secara konsisten dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga healing crisisĀ  kepada sesiapa yang sebelum ini menggunakan bahan kimia sebagai pencuci muka jika bertukar kepada produk semulajadi. Kemungkinan, kulit anda akan menjadi kering dan akan ditumbuhi jerawat. Tetapi, jangan risau, simptom ini akan hilang jika penggunaan secara konsisten diamalkan.

Kenapa Suka Sangat Dengan Pencuci Muka Nutriwhite

Kak Yong memang syorkan pencuci muka Nutriwhite Shaklee ini jika mahukan produk semulajadi dan tiada kesan sampingan kepada kulit. Harganya yang mahal memang berbaloi memandangkan pelaburan adalah untuk jangka masa panjang. Sekali beli tahan sehingga 8 bulan.