Kenapa Pilih Set Berpantang Shaklee Berbanding Jamu

Tinggal lagi dua bulan shaja Kak Yong akan bersalin. In Shaa Allah, harap semoga segalanya dipermudahkan. Dan seperti biasa pengalaman lalu memang membuatkan kak Yong lebih suka berpantang dengan Shaklee berbanding jamu. Ini adalah coretan peribadi Kak Yong kenapa pilih Set Berpantang Shaklee berbanding jamu.

Sebab pertama kenapa pilih Set Berpantang Shaklee berbanding jamu sudah tentulah rasanya yang tidak pahit. Hahahaha masa anak pertama dahulu, memang makan jamu dengan air akar kayu. Memang pahit sampai berkerut-kerut hendak telan. Dengan pil vitamin yang mudah untuk ditelan, Kak Yong yakin untuk berpantang dengan Shaklee.

Kenapa Pilih Set Berpantang Shaklee Berbanding Jamu

Selain itu, sudah tentu bau Set Berpantang Shaklee ini tidaklah sekuat jamu. Bayangkan saja, sudahlah rasanya pahit, bau pun amat tidak menyelesakan. Orang kata dalam pantang memang sinonim dengan bau yang bususk, tetapi Kak Yong memang tidak tahan bau yang busuk. Rasa macam kurang keyakinan serta kecomelan ketika berpantang. Tambah stress sahaja nanti.

Paling utama sekali kenapa pilih Set Berpantang Shaklee berbanding jamu ialah tubuh badan kita memang sudah kenal dengan vitamin yang merupakan khasiat makanan kepada tubuh. Oleh sebab itu, vitamin ini mudah diserap oleh badan. Berbanding dengan jamu, yang mana sistem tubuh terpaksa menukarkan jamu tersebut kepada khasiat vitamin yang boleh diserap oleh tubuh badan. Jamu memang diperbuat daripada alam semulajadi juga. Jadi, cara mudah untuk badan Kak Yong, ambil sahaja pil-pil vitamin.

Kenapa pilih Set berpantang Shaklee berbanding jamu bagi Kak Yong proses penyembuhan luka itu agak cepat. Orang sekeliling juga perasan yang kita nampak lebih bertenaga, muka tidak pucat dan juga tidak letih walaupun terpaksa kerap berjaga menyusukan bayi pada waktu malam. Kepada mereka yang ada masalah sembelit atau basir, Set berpantang Shaklee mungkin adalah penyelesaian kepada masalah anda.

Kenapa Pilih Set Berpantang Shaklee Berbanding Jamu

Kepada ibu-ibu yang cuti bersalin mereka hanya selama dua bulan, Set berpantang ini boleh membantu ibu-ibu untuk kuruskan badan dengan lebih cepat. Senang juga untuk membuat stok susu untuk si comel. Dengan kaedah pengepaman yang betul In Shaa Allah stok susu bayi akan mencukupi sebelum masuk bekerja semula.

One Response

  1. Noriza Rahman June 15, 2015