Kenapa Kami Suka Meal Shake?

Kenapa Kami Suka Meal Shake?

Tengok tajuk sahaja kenapa kami suka Meal Shake? mesti ramai dah tahu yang ini adalah perkongsian peribadi saya kenapa kami suka Meal Shake? Kami itu maksudnya terdiri daripada suami serta anak-anak. Memang kami di rumah ambil Meal Shake setiap hari. Satu canister hanya tahan sebulan sahaja. Sempena dengan promo meal Shake Beli 3 Percuma 1 wajib simpan sendiri untuk buat stok.

Meal Shake Sarapan Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

Meal Shake Sarapan Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

Sebab yang pertama kenapa kami suka Meal Shake? Sebenarnya, saya adalah ibu yang memang tak sempat untuk masak sarapan pagi untuk seisi keluarga apabila hari bekerja. Dan Meal Shake adalah penyelamat kepada masalah saya ini. Sebenarnya, untuk ibu yang pemalas serta kejar masa seperti saya Meal Shake boleh dijadikan sarapan segera mereka hari-hari ya.. Bancuh sahaja dengan favourite drink mereka, tidak kiralah chocolate, horlick atau fresh milk dan wallaaahhhh…sudah siap sarapan pagi mudah, enak dan cukup berkhasiat untuk suami dan Harith sebelum bertolak ke sekolah atau pejabat.

Sarapan membantu kanak-Kanak lebih Fokus

Sarapan membantu kanak-Kanak lebih Fokus

 Tahukah anda yang sarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting sehari-hari. Untuk pelajar seperti Harith, sarapan pagi Meal Shake ditambah dengan minuman coklat kegemarannya menjadikan saya bertambah yakin bahawa terdapat cukup khasiat vitamin dan mineral dalam hidangan sarapan pagi Harith. Terdapat kajian menyatakan bahawa, sarapan yang cukup khasiat dapat meningkatkan fokus dan konsentrasi mereka sewaktu di dalam kelas. Dan, mungkin kajian itu betul kerana markah sekolah ujian sekolah agama Harith agak memberangsangkan dan lebih mudah mengingat setiap mata pelajaran yang diajar. Itu adalah sebab kedua kenapa kami suka Meal Shake?

Meal Shake sesuai untuk mereka yang tidak mahu ambil banyak vitamin

Meal Shake sesuai untuk mereka yang tidak mahu ambil banyak vitamin

Sebab ketiga kenapa kami suka Meal Shake, memang kena kepada suami saya. Encik suami memang tidak suka untuk makan banyak-banyak vitamin. Cara mudah bagi memastikan cukup bekalan vitamin dan mineral harian yang diperlukan ialah bancuh sahaja Meal Shake dengan ESP dan Performance Drink setiap pagi. Mudah bukan. Meal Shake memang lengkap dengan 12 jenis vitamin dan 7 jenis mineral yang diperlukan oleh diet harian kita. Dengan mengambil sebagai sarapan pagi, cukup lengkap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh suami saya. Tidak perlu lagi ambil banyak-banyak vitamin yang lain.

Meal Shake Atasi Sembelit

Meal Shake Atasi Sembelit

Selain itu, kami sekeluarga jarang makan buah-buahan. Anak-anak pula hanya makan sayur yang mereka suka sahaja. Seratkan banyak dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Masalah sembelit akan mudah berlaku jika diet harian kurang serat. Dan suami saya memang ada masalah sembelit. Sejak mengamalkan Meal Shake yang memang lengkap dengan serat, masalah sembelit encik Suami dan juga anak-anak tiada lagi.

Meal Shake Kuatkan Imun Sistem

Meal Shake Kuatkan Imun Sistem

Anak saya Yasmin dan Amani memang dihantar ke taska. Biasalah budak-budak yang duduk taska mesti akan selalu dijangkiti penyakit demam atau selesema. Sejak mengamalkan Meal Shake, mereka jarang kena penyakit. Adalah kadang-kadang terkena demam atau selesema namun akan segera sembuh. Anak-anak saya akan kerap demam sebelum berumur setahun. Tetapi selepas umur setahun, memang jaranglah demam atau selesema. Pengambilan Meal Shake juga membantu anak-anak saya dilindungi daripada penyakit. Jarang sakit, jaranglah ambil Emergency Leave atau MC. Ini juga adalah sebab kenapa kami suka Meal Shake?

Piramid Makanan Untuk Kanak-Kanak

Piramid Makanan Untuk Kanak-Kanak

Selain itu kenapa kami suka Meal Shake ialah saya mengaku yang memang tidak boleh menyediakan segala jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh mereka dalam masakan harian. Anak-anak saya perlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk tumbesaran, perlindungan daripada penyakit serta membantu mereka lebih fokus dalam pelajaran. Manakala, vitamin dan mineral yang mencukupi juga penting kepada Encik Suami supaya kekal cergas, bertenaga di tempat kerja serta tidak mudah dijangkit penyakit. Oleh sebab itu, Meal Shake adalah pilihan kami bagi memastikan anak-anak serta kami sekeluarga mendapat cukup vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sistem badan yang sihat serta melindungi kami daripada penyakit.

 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934

3 Comments

  1. nord September 19, 2014
    • Azimah September 23, 2014
  2. arnie September 29, 2014