Kenali Siapa Alami Kulit Berminyak Akibat Perubahan Hormon

Masalah kulit berminyak boleh melanda kepada sesiapa sahaja. Tidak kira peringkat usia. Bermula daripada seawal remaja sehinggalah lewat kedewasaan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Kak Yong selalu perhatikan rakan-rakan yang kulit berminyak ini selalu merungut walaupun telah mencuci muka lebih dari dua kali sehari masih banyak lebihan minyak di muka. Kertas serap minyak memang kena selalu ada untuk digunakan ketika waktu kecemasan. Kalau cuaca panas memang tambah-tambah berminyak muka sampaikan boleh buat minyak untuk menggorenglah kalau diikutkan.

Kenali Siapa Alami Kulit Berminyak Akibat Perubahan Hormon

Sebenarnya, kadangkala apa jua cara yang dilakukan untuk mengurangkan lebihan minyak di muka memang tidak akan berkesan. Ini adalah disebabkan salah satu punca kulit berminyak adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Perubahan hormon akan menyebabkan kandungan minyak pada lapisan kulit akan sentiasa berubah.

Antara mereka yang selalu mengalami masalah kulit berminyak akibat daripada perubahan hormon badan adalah :

Kenali Siapa Alami Kulit Berminyak Akibat Perubahan Hormon

  • Remaja yang baru sahaja menginjak akil baligh. Ini adalah disebabkan hormon badan kita akan mengalami perubahan secara berterusan sehinggalah kita dewasa. Ketika zaman persekolahan Kak Yong masalah kulit berminyak memang sangat sinonim. Tambah-tambah lagi dengan aktiviti sukan dan juga terpaksa terdedah kepada cuaca panas ketika pergi dan pulang dari sekolah.
  • Ketika mengalami fasa menstruasi. Kulit wanita¬†akan mudah berminyak ketika sedang dalam haid. Perasan atau tidak, ketika hendak datang bulan mulalah ada sebiji dua jerawat manis tumbuh di muka. Itu tanda terdapat lebihan minyak di kulit muka ketika haid.
  • Ada juga wanita hamil yang mengalami masalah kulit berminyak. Hormon badan wanita hamil memang akan mengalami perubahan sepanjang 9 bulan fasa kehamilan. Beruntung sangat kepada mereka yang sentiasa cantik ketika hamil. Tapi rata-ratanya memang kadang-kala akan terasa seperti keadaan tumpah minyak di muka.
  • Selain itu, perubahan kulit berminyak juga boleh dirasai kepada wanita yang mengalami perubahan hormon akibat daripada proses menopause.

Kenali Siapa Alami Kulit Berminyak Akibat Perubahan Hormon

Kesan kulit berminyak akibat daripada perubahan hormon ini tidaklah berpanjangan. Kebiasaannya kulit muka kita akan kembali normal setelah hormon badan kita stabil. Adik-adik yang masih di alam remaja Kak Yong nasihatkan jangan terlalu ghairah untuk mencuba pelbagai lambakan produk di pasaran hanya kerana risau dengan kulit berminyak. In Shaa Allah semakin bertambah usia masalah kulit berminyak ini akan berkurangan.

 

 

One Response

  1. Noriza Rahman November 30, 2016