Kelebihan Minum Air Kosong Untuk Kecantikan

Cara mudah dan murah untuk mengekalkan kecantikan kulit mahupun keseluruhan anggota badan ialah dengan minum air kosong yang mencukupi setiap hari. Senang sangat. Paling-paling kurang sehari 2.5 liter. Bergantung kepada aktiviti harian yang dijalankan. Kalau asyik berjemur di tengah panas, wajiblah you all tambah lagi liter air yang kena diminum.

Air untuk mengekalkan kesihatan kulit

Pengambilan air kosong yang mencukupi boleh mengelakkan kulit kita menjadi kering dan dehidrasi. Kulit juga akan menjadi lebih anjal serta mengurangkan masalah kedutan sebelum waktunya. Secara automatik you all akan nampak lebih muda dan lebih kesan elastik pada kulit ala-ala telan Shaklee Collagen Powder gitu…wah…

Air membantu dalam menurunkan berat badan

Tahukah yang air juga berperanan sebagai pembakar lemak badan secara semulajadi. Air kosong juga membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Antara definisi cantik juga sudah tentulah berusaha mendapatkan berat badan ideal dengan ketinggian kita. Oleh sebab itu, jangan lupa minum cukup air kosong setiap hari yang membantu mengekalkan berat badan kita.

Kalau stress atau tertekan minumlah air

Pernah atau tidak you all sakit kepala akibat tekana  berlebihan. Cara paling mudah melegakan tekanan ialah dengan minum segelas air kosong. Air merupakan cara melepaskan tekanan segera yang mudah. Tekanan yang berlebihan boleh menjadikan kulit kita kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Air membantu menyingkirkan toksin dalam badan

Untuk cantik kita tidak perlukan toksin yang berlebihan dalam badan. Toksin yang banyak akan membawa kepada kulit bermasalah. Mulalah jerawat dan bengkak kemerahan-merahan naik pada muka. Air membantu menyingkirkan toksin dalam badan melalui penyahtinjaan serta aktiviti perpeluhan.

Kelebihan Minum Air Kosong Untuk Kecantikan

Minum air suam membantu mengecilkan liang pori

Mahukan liang pori mukan yang halus dan kurang berminyak, amalkan minum air suam. Selain itu, ianya memberikan kesan effect glowing dan membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata.

Air juga mencegah sembelit

Masalah sembelit merupakan penghalang untuk cantik. Jika penghadaman tidak sihat, toksin-toksin akan berkumpul dalam badan. Nutrien-nutrien yang diambil juga sukar diserap oleh badan. Ini menjadikan kulit kurang cantik dan mudahlah jerawat naik ke muka.

Banyak bukan kelebihan minum air kosong yang mencukupi. Lebih banyak juga you all akan dapat kebaikan untuk diri sendiri jika diamalkan. Selamat amalkan minum air kosong.

 

 

One Response

  1. Hero Borneo March 25, 2017