Kelebihan Halia

Halia ini selalunya Kak yong suka masukkan dalam masakan. Lebih-lebih lagi dalam masakan ayam masak merah, kari atau kurma, sup mahupun daging masak halia. Banyak kelebihan halia ini yang ramai orang tidak tahu. Jom baca entri ini, manalah tahu tiba-tiba anda boleh terjatuh cinta dengan halia yang mempunyai pelbagai khasiat kepada badan.

Kelebihan Halia

Kelebihan halia yang paling utama sudah tentulah untuk membuang angin.

Minum teh bersama halia elok untuk melegakan perut yang kembung, meragam, sukar kentutu dan susah untuk membuang air besar. Kalau minum, pasti selepas itu hendak ke tandas ataupun perlu bersendiri sebab perlu membuang angin dari badan.

Jika hendak berjalan jauh, halia juga berupaya untuk melegakan rasa loya-loya ketika dalam perjalanan. Kepada mereka yang mabuk laut mahupun kenderaan lain mungkin boleh bawa bekal asam halia untuk dikudap-kudap. Paling tidak, bawalah seinci halia untuk dihidu sepanjang perjalanan.

Kelebihan halia untuk sakit gigi

Kadang-kala sakit gigi melanda tidak tentu masa. Bayangkan tengah-tengah malam sedang tidur boleh terjaga sebab sakit gigi. Manalah ada klinik gigi buka tengah-tengah malam. Mungkin boleh cuba cara dengan hiris nipis-nipis halia di dalam segelas air panas. Setelah suam bolehlah minum perlahan-lahan. Jika hendak berkumur, mungkin boleh lebihkan sikit halia dan air panas.

Kelebihan Halia

Kempiskan perut juga kelebihan halia.

Jika diamalkan selalu halia ini boleh meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, ianya juga meningkatkan kesihatan sistem pencernaan badan yang mana boleh mengurangkan masalah perut buncit.

Kelebihan halia untuk mereka yang morning sickness.

Ada sesetengah orang mempunyai alahan keika hamil yang sangat teruk. Mungkin boleh cuba hidu atau makan halia sebab petua orang tua kata halia boleh mengurangkan masalah morning sickness ketika haml. Jika rasa tidak boleh telan halia secara terus, mungkin boleh cuba Peppermint Ginger dari Shaklee.

Peppermint ginger ini boleh diambil begitu sahaja atau dibancuh bersama teh panas. Rasanya agak berangin dengan kehadiran peppermint. Ramai juga ibu-ibu yang morning sickness, perut sebu dan mual-mual memberikan effect postif setelah mencuba Peppermint Ginger. Kepada mereka yang susah sangat hendak telan atau minum air halia, jomlah cuba sebotol.

Kelebihan Halia

Pembelian melalui kad kredit juga boleh dilakukan dengan sekali klik Peppermint Ginger dan boleh hubungi Kak Yong untuk konsultansi dengan memberikan nombor invoice.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

One Response

  1. Noriza Rahman April 18, 2016